Ronaldinho Terpaksa Jual 57 Aset

SAO PAULO, Brazil: Mahk4mah di selatan Brazil menghalang bekas pemain Barcelona, Ronaldinho daripada menjual 57 aset hartanahnya berikutan kegagalan membay4r dend4 membabitkan alam sekitar dan hut4ng-hut4ng lain, lapor akhbar Brazil, semalam.

Akhbar The Folha de S.Paulo berkata bekas Pemain Terbaik Dunia itu berhutang sebanyak $2.51 juta dolar AS (RM10.34 juta) susulan dend4 kerana membina sebuah derm4ga secara har4m di rumah tasiknya di Porto Alegre.

Selain itu, pemiutang juga sudah mengambil tindakan untuk mendapatkan semula $2.06 juta dolar AS (RM8.49 juta) tuntutan hut4ng-hut4ng lain.

Pihak berkuasa juga sudah menahan pasport Ronaldinho sehingga ke3s berkenaan diselesaikan, lapor akhbar berkenaan.

Seorang hakim di Porto Alegre memberitahu Reuters yang kees itu berada di bawah peraturan kerahsiaan kehakiman dan tidak akan mengesahkan atau menafikan sebarang butir mengenai laporan akhbar berkenaan.

Peguam Ronaldinho pula menafikan aset pemain sedang disekat tetapi memberitahu Folha de S.Paulo dia tidak dapat mengulas mengenai butiran kes itu kerana terikat dengan rahsia kehakiman.

Sepanjang kariernya, Ronaldinho memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak dua kali ketika beraksi bersama Barcelona dan turut menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil pada 2002. – Reuters

Sumber : Berita Harian

 

Be the first to comment on "Ronaldinho Terpaksa Jual 57 Aset"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*