Kini saya ada pemain kelas dunia – Klopp

LONDON: Pendahulu awal Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Arsenal akan bertembung sesama sendiri esok bagi mengesahkan siapa akan kekal dengan rekod tanpa kalah musim ini.

Hanya satu pasukan akan mengekalkan rekod 100 peratus Liga Perdana Inggeris di Anfield, manakala juara Eropah berharap dapat meneruskan rekod cemerlang ke atas kelab utara London itu.

Jurgen Klopp tidak pernah tewas dalam tujuh pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal dan pasukannya menewaskan The Gunners 4-0 dan 5-1 di laman sendiri sepanjang dua musim lalu.

“Banyak kali dalam hidup, saya sentiasa mempunyai pemain sensasi (tetapi) bukan pemain bertaraf dunia,” kata Klopp.

Image result for team liverpool

“Sekarang, syukur kerana saya memiliki mereka dan mereka membawa perubahan. Sadio Mane, Bobby Firmino, Mo Salah – pada situasi lalu mereka ini amat cemerlang”.

Image result for team liverpool

Arsenal juga memiliki penyudah cemerlang. Pierre-Emerick Aubameyang, yang berkongsi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris bersama Mane dan Salah musim lalu menjaringkan gol bagi membantu pasukannya melakar kemenangan dalam dua perlawanan pertama. 

Image result for team liverpool

Di benteng pertahanan pula, Liverpool tampak kurang meyakinkan sepanjang empat perlawanan pertama dalam semua pertandingan musim ini, berbanding musim lalu di mana mereka mengharungi 20 perlawanan Liga Perdana tanpa dibolosi.

Penjaga gol utama Alisson Becker masih belum pulih daripada kecederaan betis dan tempatnya digantikan Adrian – yang kecuaiannya minggu lalu membolehkan Southampton menjaringkan gol mudah. – AFP

Be the first to comment on "Kini saya ada pemain kelas dunia – Klopp"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*