Dikriitik kerana kerap bergambar pada 31 Ogos, dianggap macam budak-budak… Tunku Azizah tegaskan, “Saya hanya ikut arahan Agong”

NETIZEN tampil mempertahankan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas ‘diser4ng’ seorang individu di Twitternya.

Individu menggunakan akaun @Finalana itu mengecam tindakan Tunku Azizah yang dilihat kerap merakam gambar dan bergambar semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada Sabtu lalu.

Tweet Finalana turut mendapat respons Tunku Azizah.

The King asked me to take photos … I only followed the Kings command… thank u for your comment,” tulis baginda.

Komen seorang individu yang mengkriitik Tunku Azizah.

Respons itu turut mendapat lebih 2,000 ulang kicau dan 3,535 tanda suka.

Rata-rata netizen meminta Tunku Azizah supaya tidak melayan individu tersebut yang dipercayai membuat posting daripada akaun palsu.

Tuanku jangan berkecil hati, dunia dimana rakyat mahu tuanku berkongsi cerita/kisah harian/inspirasi lebih besar dari dunia mereka yang sempit ini. Go go Tuanku.

NETIZEN

Malah ada netizen yang mahu Tunku Azizah meneruskan telatahnya yang dianggap comel dan bersahaja itu.

“Dengan gelagat comel Tuanku… kami semakin hari bertambah sayang kepada Tuanku dan makin ingin ambil tahu tentang institusi diraja juga kerana Tuanku… masa jangan terlalu cepat berlalu ye,” tulis Zuu.

Sikap Tunku Azizah yang mesra di laman Twitter menerima pujian rakyat jelata.

We love our queen. Just be yourself  Tuanku. Tidak menjadi selumbar di mata rakyat. Malah kami semakin sayang dan semakin rasa dekat,” kata Ctazurah.

“Tuanku jangan berkecil hati, dunia di mana rakyat mahu Tuanku berkongsi cerita/kisah harian/inspirasi lebih besar dari dunia mereka yang sempit ini. Go go Tuanku,” tulis Aheri Anuar.

Foto sekitar sambutan Kemerdekaan negara di Putrajaya pada Sabtu lalu.

Just ignore the tweet  Tuanku permaisuri, we all rakyat really like what you and DYMM YDPA did. It add up more color during merdeka parade. May Allah blessed you and DYMM YDPA and our country always. Daulat Tuanku,” kata Aishah.

Ternyata komen yang diberikan membuktikan Tunku Azizah amat dekat di hati rakyat Malaysia kerana personalitinya yang bersahaja dan sederhana.

Komen-komen netizen di Twitter.

Baginda juga turut aktif di media sosial dan sering berkongsi kisah hariannya bersama rakyat.

Sehingga hari ini baginda mempunyai hampir 200,000 pengikut di Twitter.

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Dikriitik kerana kerap bergambar pada 31 Ogos, dianggap macam budak-budak… Tunku Azizah tegaskan, “Saya hanya ikut arahan Agong”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*