Budak 5 tahun disambar JDT, bakal jadi pemain termuda Malaysia

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bakal menjadi pemain termuda dalam sejarah bola sepak Malaysia yang diserap menyertai kelab sejurus mengikat kontrak dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lama lagi.

Pengarah Teknikal Kelab, Alistair Edwards mengumumkan pasukan itu akan menyerap pemain muda itu, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah selepas menerima keizinan ibu bapanya.

“Dia sebelum ini bermain untuk TSS Selangor Elite FC.

“Ini merupakan sebahagian pelan jangka panjang kelab yang mana bakat muda seperti Tengku Sulaiman diberi peluang untuk mengembangkan bakat mereka dengan fasiliti lengkap di JDT, yang mana kita juga berkoloborasi dengan kelab luar.

Edwads berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Johor Southern Tigers pada Selasa.

Mereka turut memuat naik video berdurasi 57 saat yang memaparkan kebolehan Tengku Sulaiman termasuklah membuat sepakan percuma. – The Star.

JDT

Wow, kecik-kecik pun dah berbakat besar. Hebat. (Kredit: FB JOHOR Southern Tigers) #mstaronline #mstarMoi

Posted by mStar Online on Wednesday, September 4, 2019

mstar

Be the first to comment on "Budak 5 tahun disambar JDT, bakal jadi pemain termuda Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*