Dah 16 Tahun Kahwin, Tak sangka Dalam ‘Wallet’ Dia Ada Gambar Perempuan Ni

Pelakon Amyza Aznan tersentuh apabila mendapat tahu suami, Khairil Izhar Mohd Nazir, menyimpan dua keping fotonya di dalam dompet.

Amyza menerusi posting di Instagram berkata, walaupun sudah 16 tahun berkahwin tidak pernah sekalipun dia membuka dompet suami.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kecoh Dapur bersama host terkenal @amyzaaznankaaia dan @iedamoin79 #kecohdapur #tv2rtm #amyzaaznan #iedamoin #amyzavangers #iedamoingengz

A post shared by Kecoh Dapur OF (@kecohdapur_rtm) on

Menurut Amyza dia juga tidak pernah memeriksa barangan peribadi lain seperti telefon bimbit kerana baginya jika berbuat demikian, itu bermakna dirinya mempunyai sifat prasangka.

“Tak sangka dalam ‘wallet’ dia ada gambar perempuan ni. 16 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah sekali pon bukak wallet dia. Nak duit mintak, phone dia pun tak pernah ‘check’.

“Based on percaya dan Allah tahu. Pada saya kalau saya periksa (barang peribadi suami), maknanya saya ada perasaan tidak baik terhadap suami, iaitu rasa tidak percaya.

“Jauhkan perangai ‘insecure’ ni tau,” tulisnya.

Tambah Amyza foto dompet suami yang tersimpan dua keping fotonya itu dihantar oleh kenalan mereka.

 “Alangkah terkejut, ‘tertouching’, ‘termacam-macam’ la…Bila dia masuk wad baru-baru ini, teman kami yang hantar dia ke hospital, kirim ini (gambar) kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Amyza turut berpesan kepada suami atau isteri cur4ng di luar sana supaya menghapuskan bahan bukti jika ada.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lama x jumpa kak @amyzaaznan .. jadi mak mertuaaaaa katanya… #love #amyzaaznan #menantutingtong #artis #pelakon #artismelayu #artispujaan #pelawak

A post shared by MohdFaridbinMohamedSaid (@dirafdias84) on

“Kepada suami atau isteri yang ada sk4ndal, jangan buat hal tau, kot ada rahsia-rahsia tu baik hapuskan, takut nanti masa kau s4kit, elok-elok suami atau isteri nak jaga kau terus dia biar kau mamp*s.

“Sebab tu apa-apa yang korang sorok kat ‘drawer office’, email office, baik hapuskan la. Tak pun panggil ‘crash’ konon-konon tu jaga kau. Layak kan?

“Tapi kes saya lain, itu gambar saya masa anak dara, masa dia angaukan saya. Jadi sayang masa awak s4kit ni, saya layan awak bagai menatang minyak yang penuh.

“Kalau bukan gambar saya, ‘comfirm’ masa awak s4kit ni saya layan macam ‘minatang’,” selorohnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

mak hayam @amyzaaznan in the house.. #love #amyzaaznan #pelakon #imaniya #pelawak #kendurikahwin #anakartis

A post shared by MohdFaridbinMohamedSaid (@dirafdias84) on

Pada Ahad lalu, Amyza berkongsi sebuah video di laman IG mengenai suami yang jatuh s4kit dan dimasukkan ke hospital.

Pada Disember 2017, suami Amyza pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri kerana diser4ng s4kit jantung.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Dah 16 Tahun Kahwin, Tak sangka Dalam ‘Wallet’ Dia Ada Gambar Perempuan Ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*