Azmi Caliph Buskers Dedah Sanggup Tolak ‘job’ Sebab Tak Mahu Tinggalkan Isteri Keseorangan!

Setiap manusia diberikan masa semuanya sama rata iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Terpulang kepada individu itu bagaimana untuk menguruskan masa mereka. Antara kerjaya, keluarga mahu pun keperluan diri sendiri.

Siapa sahaja yang tidak mengenali Azmi Saat, vokalis utama kumpulan Caliph Buskers. Sebagai seorang penyanyi dia akui jadual yang padat sering membuatkan dirinya sibuk. Perkongsiannya melalui laman Facebook Azmi Saat sendiri membuatkan ramai terinspirasi dengan kisahnya itu.

Menurut Azmi, diawal pembabitan dirinya sebagai penyanyi utama Caliph Buskers yang kian dikenali ramai ketika itu, jadualnya begitu padat sehingga memerlukan dia sering meninggalkan isterinya.

Disebabkan itu dia sering bertengk4r dengan isterinya. Sehinggalah pada suatu hari isterinya meluahkan, dia tidak pernah minta kemewahan, cuma satu yang dia minta iaitu masanya di sebelah malam. Ini kerana isterinya tidak boleh tidur malam jika berseorangan dan hanya orang yang rapat sahaja yang memahami masalahnya itu.

Sejak dari itu, perlahan-lahan dia akan cuba meluangkan masa dengan isterinya. Jika tiada sesiapa yang dapat menemaninya pada waktu malam dan dia bekerja, maka Azmi akan menolak tawaran kerja tersebut.

Baca kisah penuh yang dikongsikannya di bawah:

Minggu lepas berpeluang jumpa dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Alang-alang ada kerja di Johor, cur1lah masa sedikit…

Begitulah kasih sayang seorang suami yang sanggup berk0rban apa sahaja demi kebahagiaan isteri.

 

Sumber: Azmi Saatvia HCL

 

Be the first to comment on "Azmi Caliph Buskers Dedah Sanggup Tolak ‘job’ Sebab Tak Mahu Tinggalkan Isteri Keseorangan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*