Sultan Muhammad Pandu Sendiri Kereta Untuk Menziarahi Bapa Tunggal Bersama 3 Anak Istimewa.

TUMPAT, Keluarga tiga beradik yang mengh1dap Cerebr4l P4lsy (CP) di Kampung Kok Keli 1, di sini hari ini dik3jutkan dengan kedatangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.Baginda berkenan mencem4r duli menziarah tiga beradik itu yang disambut bapa mereka, Mohd Zain Abdullah, 56, pada 5.20 petang.

Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk bertanya khabar selain turut menyampaikan sumbangan wang tunai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sertq sumbangan peribadinya kepada keluarga itu.

Mohd Zain ketika ditemui berkata, dia  terk3jut dan tidak menyangka akan dikunjungi oleh Sultan Muhammad V.”Saya sudah dihubungi wakil istana pagi semalam, namun pada mulanya tidak percaya baginda akan menziarahi anak-anak.

“Namun selepas diyakinkan, saya berbesar hati dan gemuruh menerima kunjungan Sultan kesayangan rakyat Kelantan,” katanya.Turut berangkat mengiringi baginda, Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bersama isteri, Puan Sri Tengku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Media sebelum ini melaporkan Mohd Zain terp4ksa menggalas tugas menjaga dan membesarkan tiga anak orang kurang upaya (0KU) apabila isterinya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tumpat akibat k4nser p4yu d4ra pada Disember 2017.Kegigihan Mohd Zain menyara tiga anaknya itu mendapat perhatian ramai pihak yang simpati dengan nasib keluarga terbabit.

Sumber: Astroawani

Be the first to comment on "Sultan Muhammad Pandu Sendiri Kereta Untuk Menziarahi Bapa Tunggal Bersama 3 Anak Istimewa."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*