Kongsi foto bersama kanak-kanak hidap kancer, Chef Wan dituduh tak sensitif – “Pleaselah… saya tak gil4 publisiti murahan untuk jadi famous”

 

TUKANG masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dengan tindakan seorang wanita yang mend4kwa kononnya dia tidak sensitif terhadap nasib kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan.

Menurut Chef Wan, niatnya berkongsi gambar bersama kanak-kanak itu adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan pengikut laman sosialnya.

“Seorang follower ada menghantar DM malam tadi, bebel kononnya saya tak patut post gambar anak-anak yang s4kit di Instagram kononnya tak sensitif dengan nasib mereka.

Antara foto yang dipercayai mengundang rasa kurang senang netizen.

“Manusia ini ada segelintirnya jika nak cari kesilapan orang lain dan tidak berlapang dada akan ingat yang bukan-bukan. Kenapa dia tak nampak apa yang kami lakukan sebenarnya adalah suatu kebaikan yang ikhlas dan mampu membuatkan mereka semua tersenyum.

 

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Betapa berat mata kita memandang lagi berat bahunya yang memikul.

Siaran dikongsi oleh chef wan (@_chefwan58) pada

“Sesibuk mana pun, kami mampu untuk mengumpul sumbangan, beli barang permainan, luangkan masa bermesra dengan anak-anak, ibu bapa dan doktor, walaupun terpaksa skipped lunch,” tulisnya.

Chef selebriti terkenal itu meluahkan rasa kecewa menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Khamis.

Selain itu, Chef Wan turut menafikan tuduhan dia melakukan perkara itu semata-mata untuk meraih populariti.

Pleaselah saya tak gil4 pun dengan publisiti murahan untuk jadi famous!

CHEF WAN

Tukang masak terkenal

Menurutnya, dia berbuat demikian untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

“Tak ada langsung niat di hati nak gunakan anak-anak itu untuk buat diri nampak baik atau glamor malah mereka semua teruja bila saya beritahu yang saya akan post gambar-gambar yang saya ambil sebagai perkongsian rasa sedih dan sunyi mereka di hospital.

“Jika kita tak mampu melakukan ini semua pun janganlah pandang serong pada kami. Kemunculan kami sebagai selebriti ke hospital adalah untuk menceriakan pesaklt-pesaklt semua.

Chef Wan meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang menuduhnya tidak sensitif.

“Kami nak mereka tahu yang lebih ramai orang di luar sana yang prihatin terhadap penderitaan dialami mereka. Pleaselah saya tak gil4 pun dengan publisiti murahan untuk jadi famous! Hanya Allah yang tahu isi hati saya,” ujarnya.

Terdahulu, Chef Wan memuat naik beberapa keping gambar kanak-kanak ketika berkunjung ke wad kanak-kanak sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Posting yang memaparkan keadaan kanak-kanak yang menghidap pelbagai penyakit termasuk kancer dan lukimia di wad itu mengundang rasa kurang senang netizen yang dianggap sebagai tidak sensitif.

 

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I had just spend more than 4 hours visiting all the Children with Cancer, blood issues and breathing problem from barely months old to 17 years old at the PPUKM hospital. While visiting them, me, Argentina Ambassador wife Guadalupe and Jackie gave all this kids some toys from the funds that were collected via Tue Mom. Its a very difficult moment for me emotionally and physically watching how sick some of this kids are and their suffering. What about their parent that is also caring for them. Some parent broke down. I can feel their pain. A few times i cried too in the toilet or outside the hospital ward. The following photos i am sharing with u will show u the experienced i had today. I have asked from all their parent permission to upload all this photos too.

Siaran dikongsi oleh chef wan (@_chefwan58) pada

sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Kongsi foto bersama kanak-kanak hidap kancer, Chef Wan dituduh tak sensitif – “Pleaselah… saya tak gil4 publisiti murahan untuk jadi famous”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*