Ramai Terkejut Remy Ishak Boleh Menari, “Macam Shah Rukh Khan Dah Ni”

 

Bakatnya dalam bidang lakonan bukan calang-calang, beri apa sahaja watak pasti dia boleh melakonkannya dengan baik. Remy Ishak nama yang sudah tidak asing lagi dalam lakon layar tempatan.

 

Baru-baru ini Remy Ishak ada berkongsikan satu rakaman tarian ketika sesi pengambaran. Video tersebut telah meraih perhatian ramai kerana belum pernah lagi pelakon ini berkongsikan aksinya sebegitu.

Biarpun rakaman itu berdurasi cukup pendek, namun ramai yang memuji gerakan tariannya yang tidak kekok dan agak berbakat.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh pelakon ini melalui Instagramnya:

 

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada gaya ala-ala Hugh Jackman tak geng? 😂

Siaran dikongsi oleh Remy Ishak (@remyishak) pada

Meraih lebih 78,000 tontonan, rata-rata netizen terkejut serta memuji kebolehannya dan meningg4lkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Steady la..terbaik kanda”

 

 

“Tak sangka kanda pandai dance..steadyy la Remy Ishak”

 

“Macam Shah Rukh Khan dah ni..”

 

Sumber: Remy Ishak via HCL

 

Be the first to comment on "Ramai Terkejut Remy Ishak Boleh Menari, “Macam Shah Rukh Khan Dah Ni”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*