Kenali Insan Hebat Yang Wakafkan Masjid V1ral, Masjid Sri Sendayan Dengan Senibina Bernilai RM100 Juta – Kashoorga

Masjid adalah tempat suci untuk kita beribadah menyembah diri padaNya d dengan menunaikan urusan solat lima waktu. Lagi cantik masjid  yang dikunjungi semakin berkobar-kobar semangat untuk kita mengunjungi dan beribadat di rumah Allah ini.

Jika sebelum ini kita sudah ada beberapa seni bina masjid yang cantik dan menarik, seperti, Masjid Besi Putrajaya, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Shah Alam atau Masjid Negara. Seni bina yang cukup unik dengan hiasan kaligrafi  ayat Al-Quran menambah kecantikan masjid berkenaan.

Dan terbaru Masjid Sri Sendayan pula mula mencuri tumpuan. Bukan sahaja kerana seni binanya dikatakan menerapkan konsep Masjid Nabawi, Madinah tetapi insan  yang begitu bermurah hati memberi wakaf kepada masjid yang terletak di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan.

Masjid yang mula dibina pada tahun 2015 dengan kos RM100 juta ini telah diwakafkan oleh Pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB.  RHB ini adalah bermaksud Rashid Hussain Berhad, singkatan kepada nama Pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain, 73 tahun.

Jika anda berkesempatan ke sana nanti, cuba lihat pada ukiran kayu dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar yang merupakan hasil seni arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Untuk pengetahuan, idea rekaan dalaman masjid ini diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan yang merupakan kontraktor interior.

Malah, cat siling dalaman dilakukan secara manual hasil kerja tangan orang Morocco, kubah dalaman menggunakan ‘gold paper’ 24K, serta pintu dan kayu kubah diambil dari India.

Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook Farhan Che Hassan, memberitahu info menarik yang ramai tidak tahu di sebalik pembinaan masjid ini yang boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid Ini dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar yang dibeli dan diwakafkan oleh Abd. Rashid sendiri. Allahuakbar, betapa mulianya insan ini.

Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat

Korang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD.

Rashid bin Hussain, nak cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.

Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, v1ral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara. Haa masjid ni beliau yang sumbangkan.

Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.

Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”.

Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.

Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba2 nya

Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang dtg beribadat pada beliau dan ramai org dapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini.

Kita yang tak kaya dunia ni tak nk usaha kaya akhirat ?

Sembahyang pun malas malas ….

Saya lah ni.

(Amar Sufi Ali)

P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.

LAGI FOTO MENARIK DI SEKITAR MASJID INI:

 

Sumber: Kashorga

Be the first to comment on "Kenali Insan Hebat Yang Wakafkan Masjid V1ral, Masjid Sri Sendayan Dengan Senibina Bernilai RM100 Juta – Kashoorga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*