Basikal Luarbiasa Tinggi, Lain Macam Hebat Cara Untuk Menaikinya!

Ketika kanak-kanak mungkin ada yang mempunyai kenangan bermain basikal bersama adik-beradik mahu pun rakan. Saban hari pasti ternanti-nanti untuk tibanya waktu petang kerana mahu keluar bermain dengan menunggangnya.

Namun ada juga yang menggunakan basikal sebagai kenderaan mereka untuk ke sekolah. Bagi yang dewasa pula, ia juga digunakan sebagai pengangkutan untuk ke kedai berhampiran. Malah ada juga yang menggunakannya untuk melakukan senaman. Sambil mengayuh dapat juga manfaat kesihatan yang lain.

Namun begitu, baru-baru ini tul4r di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki menunjukkan bagaimana dia menaiki dan mengendalikan basikal rekaan yang cukup luar biasa itu.

Dalam rakaman hampir seminit itu, kelihatan anak muda ini menunjukkan pengangkutan yang direka itu cukup tinggi. Kedengaran dia memberitahu video itu untuk menunjukkan cara menaiki basikal tinggi tersebut.

Mahu menaikinya sahaja memerlukan kemahiran tertentu kerana fizikal pengangkutan tersebut yang terlalu tinggi dari yang biasa.

Berikut adalah video yang tul4r di sosial media baru-baru ini:

Memang penuh cabaran untuk menaikinya! Jika tersalah langkah habislah…

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka selepas menonton video ini seperti berikut:

“Ya Allah ni kalau jatuh ni..Bengong tiga hari tiga malam”

“Ni kalau aku belum sempat sampai atas dah terbalik”

 

Sumber:aimanmokhtar11

Be the first to comment on "Basikal Luarbiasa Tinggi, Lain Macam Hebat Cara Untuk Menaikinya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*