Duit RM10 Pemberian Terakhir Dari Bapa, Pemilik Akhirnya Ditemui.

Setiap orang perlu mengharungi pemergian orang yang tersayang dalam kehidupan mereka. Walaupun pahit, kenangan atau pemberian terakhir yang ditinggalkan pasti sangat berharga.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah terjumpa sekeping duit RM10 dan meminta bantuan netizen untuk mencari pemiliknya.

Walaupun RM10 tidak begitu besar bagi kebanyakkan orang, nilai duit yang dijumpai individu atas nama Hyza Ezany itu lebih berharga dari nilai sebenar wang itu.

Pada wang kertas itu tertulis nota sedih yang menyatakan bahawa wang itu merupakan pemberian terakhir seorang bapa kepada anaknya.

Setelah 2 hari tersebar di media sosial, pemilik wang itu akhirnya berjaya ditemui. Dalam satu posting Facebook yang menyentuh hati, Anne Malar Yesudass mengucapkan terima kasih kepada Hyza dan netizen.

Menurut Anne, wang itu adalah pemberian terakhir oleh bapanya sebelum terlibat dalam kem4langan pada tahun 2010, ketika dia berusia 17 tahun.

Dia juga berkata wang itu merupakan barang paling bernilai dalam hidupnya, sehinggalah dompetnya dicur1 pada 1 September 2018.

Mujur posting Hyza ditemui oleh kakak Anne yang kemudiannya berkongsikan berita itu dengannya melalui WhatsApp.

Anne mengakui ucapan terima kasih sahaja tidak dapat menggambar betapa dia menghargai tindakan prihatin Hyza dan netizen yang membantu menemukan dia dengan kenangan terakhirnya bersama bapanya.

Sumber: Facebook, Mothership

Be the first to comment on "Duit RM10 Pemberian Terakhir Dari Bapa, Pemilik Akhirnya Ditemui."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*