Tengku Hassanal Tamat Kursus Ketenter4an Di UK.

SELEPAS hampir setahun menjalani latihan dan kursus ketenter4an di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah akhirnya akan pulang ke tanah air.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You have to fight for your Dreams. You have to Sacrifice and Work Hard for it. Live.

Siaran dikongsi oleh KDYMM Tengku Hassanal Shah (@this.7) pada

Berita gembira itu dikongsikan sendiri bonda baginda, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi kemaskini di laman Twitter @cheminahsayang, semalam.

Raja Permaisuri Agong memaklumkan Tengku Hassanal bakal menamatkan kursus ketenter4an pada 13 Disember ini dan kembali ke Malaysia.

Tunku Azizah turut berkongsi bahawa baginda bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis perarakan pentauliahan Tengku Hassanal di Sandhurst, pada 13 Disember.

Raja Permaisuri Agong itu bertitah anakandanya akan berkhidmat di Rejimen 12 Askar Melayu Diraja, Kuantan, Pahang sekembalinya ke tanah air.

Sebelum ini Tengku Hassanal menamatkan pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dalam bidang perhubungan antarabangsa dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 31 Januari lepas selepas ayahandanya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Tengku Hassanal antara beberapa anak-anak raja Melayu termasuk Al-Sultan Abdullah pernah dilatih dan dibimbing di akademi ketenter4an itu sejak berdekad lalu.

Baginda mengikuti latihan dan kursus ketenter4an di akademi itu selama setahun.

 

Be the first to comment on "Tengku Hassanal Tamat Kursus Ketenter4an Di UK."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*