Sudah 4 Hari Tidak Jamah Nasi, Keterujaan Lelaki Oku Ini Dihidangkan Sepinggan Nasi Menyentuh Hati Orang Ramai.

Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini berhak dilayan seadilnya, lebih-lebih lagi buat golongan kelainan upaya (OKU).

Hal ini kerana golongan istimewa ini sangat rapuh dan memerlukan belas ihsan serta perhatian yang sewajarnya daripada orang ramai.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, @MOFASAD ada berkongsi satu rakaman video berdurasi seminit yang menunjukkan seorang OKU yang begitu seronok apabila dihidangkan sepinggan nasi berserta dengan lauk.

Apabila ditanya seorang lelaki sama ada hidangannya itu mencukupi ataupun tidak, lelaki OKU berkenaan menjawab bahawa ianya cukup. Namun apabila ditanya sama ada dia mahu hidangannya itu ditambah, lelaki itu menjawab bahawa dia hendak menambah.

“Sudah cukup tidak payah tambahlah”, gurau lelaki itu padanya. Lelaki OKU itu kemudiannya ketawa dan menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah 4 hari tidak menjamah nasi. Luahan tersebut ternyata menimbulkan rasa simpati buat insan yang menontonnya.

@MOFASAD/Twitter

Dia kemudian meminta untuk ditambah nasi. Sekali lagi lelaki yang dipercayai merakamkan video tersebut bertanya sama ada hidangannya itu mencukupi ataupun tidak dan serta merta ia dijawab lelaki OKU itu bahawa ianya sudah mencukupi.

Video tersebut sehingga kini telah di’retweet’ sebanyak 10,000 kali dan ia diakhiri dengan gelak tawa daripada mereka berdua. Ya, telatah dan gurau senda antara mereka berdua itu membuatkan orang ramai yang menyaksikannya pasti akan terikut sama.

Seorang pengguna berasa simpati apabila mengetahui hakikat bahawa lelaki itu sudah 4 hari tidak makan nasi.

Twitter

“Dia tidak tamak. Walaupun masih lapar, dia masih berkata bahawa hidangannya cukup”, tulis seorang pengguna lain.

Twitter

Tidak kurang ada juga yang mengalirkan air mata tatkala menyaksikan video ini.

Twitter

Dalam keadaan lapar sekalipun, lelaki OKU berkenaan masih lagi sempat menjawab soalan yang diajukan padanya dengan penuh sabar.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan contoh berguna buat kita semua hendaknya.

 

Sumber: Nepavilibes

Be the first to comment on "Sudah 4 Hari Tidak Jamah Nasi, Keterujaan Lelaki Oku Ini Dihidangkan Sepinggan Nasi Menyentuh Hati Orang Ramai."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*