Kucing Makan Jagung Siap Dengan Efek Bunyi Cur1 Tumpuan.

Kucing adalah salah satu pilihan ramai untuk diperlihara kerana sifatnya yang jinak dan manja. Ada yang berpendapat haiwan ini cukup istimewa kerana mampu menghiburkan mereka di kala sunyi. Manakan tidak setiap perlakuannya sukar diramal. Sama seperti video kucing makan jagung ini.

Jika anda memelihara kucing dan banyak menghabiskan masa bersama haiwan ini pasti dapat rasakan satu hubungan yang cukup kuat. Mestilah sayang, kalau sudah bertahun-tahun dipelihara dan dimanjakan bukan?

Saban hari ada sahaja perangai baru kucing yang membuatkan rasa kagum. Boleh rasakan kucing seakan kanak-kanak yang sedang membesar. Ada sahaja perkara baru yang dipelajarinya.

Biarpun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video yang memaparkan seekor kucing sedang makan jagung. Video itu dirakam tuannya bersama mikrofon bagi menghasilkan kunyahan dan gigitan pada jagung itu didengari penonton. Memang power efek bunyi dihasilkan kucing ini!

Video berdurasi hampir satu minit ini meraih lebih 110,600 tontonan selepas dikongsikan semula oleh pengguna Twitter Bulu Bulu Kehidupan.

Berikut adalah video yang tular tersebut:

Video ini telah menarik perhatian ramai dengan 5,600 retweets dan 7,900 likes. Rata-rata netizen meningg4lkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Sis tak boleh bela kucing ni, mau bertumbuk berebut jagung nanti…”

kucing makan jagung 1

“First time aku tengok kucing makan jagung, comel dowh”

kucing makan jagung 2

“Aduh jadi teringin jagung”

kucing makan jagung 3

Sumber: Bulu Bulu Kehidupan

Be the first to comment on "Kucing Makan Jagung Siap Dengan Efek Bunyi Cur1 Tumpuan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*