Nelayan Bantu Lepaskan Tali Terikat Pada Ikan Yu Paus.

Sesuatu perasaan yang sukar digambarkan apabila menonton video nelayan yang membantu seekor ikan yu paus yang memerlukan bantuan. Video mengenai seekor ikan yu paus yang dibantu itu kemudiannya tular di sosial media.

Seperti yang kita semua sedia maklum, isu pencemaran alam sekitar kini sudah pun berada ditahap membimbangkan. Bukan sahaja kehidupan di darat terkesan, malah di udara dan laut juga menerima padahnya akibat perbuatan manusia.

Lebih mengharukan apabila sehingga kini pelbagai video dan gambar dikongsikan di media sosial yang memaparkan haiwan terkesan dari isu pencemaran ini.

Terbaru, satu video yang memaparkan seekor ikan yu paus menghampiri sebuah bot nelayan tular di sosial media. Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan nelayan membantu memotong tali yang tersangkut pada ikan tersebut.

Setelah berjaya, reaksi yang ditunjukkan oleh ikan yu paus itu seolah-olah mengucapkan terima kasih pada nelayan itu cukup menyentuh perasaan.

Video tersebut telah meraih lebih 530,000 tontonan dengan 45,300 retweets serta 36,200 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Ommo shoo cutee and the way it thanks to peoples yang tolong dia dengan kibaskan ekor after dah bebas omaigaddd”

nelayan ikan paus `1

“Tersenyum aku bila tengok dia dah bebas”

nelayan ikan paus 2

“Itu la. Binatang pun ada perasaan. Touching gila tengok video ni”

nelayan ikan paus 3

Sumber: HelmiBai

Be the first to comment on "Nelayan Bantu Lepaskan Tali Terikat Pada Ikan Yu Paus."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*