Berk4t Kejujuran, Peni4ga Santan W4rga Em4s Dit4ja Tunai Ibadah Umrah.

Menunaikan ibadah haji atau umrah merupakan satu impian buat semua umat islam di seluruh muka bumi ini. Hal ini kerana bukan semua orang berpeluang dipanggil untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Quwwatun Aqilah Mohamad, dia telah menceritakan perihal bapa saudaranya yang dipanggil Pak Su yang menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah tempoh hari.

‘Sungguh rezekinya luar biasa’. Itu kata-kata reaksi pemilik Facebook Quwwatun Aqilah Mohamad mengenai bapa saudaranya yang berpeluang menunaikan umrah hasil tajaan daripada individu.

Menerusi status Facebooknya, bapa saudara dikenali Pak Su itu hanyalah seorang penjual santan kelapa selain menghantar pelajar ke sekolah.

Bercerita lanjut katanya, itu pertama kali bapa saudaranya menaiki kapal terbang dan juga ke Makkah bagi menunaikan umrah.

“Sungguh rezekinya luar biasa, ditaja menunaikan umrah. Kali pertama naik kapal terbang, pergi umrah dan dapat pula duduk di kelas perniagaan (business class),” tulisnya.

Sikap kesederhanaan bapa saudaranya itu membuatkan dia mengakui Pak Su memiliki hati yang suci.

“Semalam masa mak kemas beg Pok Su sebelum gerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), barang Pok Su sedikit je, satu helai seluar, baju dua helai, kain pelekat sehelai, itu je. Nak pergi 12 hari.

“Subhanallah, teringat kisah sirah sahabat Nabi yang mana pakaiannya hanya satu atau dua helai dan Pok Su merasakan cukup, tak perlu beli baru.

“Mungkin inilah amalannya, tiada dunia dalam hatinya, hatinya jujur,” katanya.

Perkongsian cukup menarik itu membuatkan netizen membanjiri ruang komen dan memberi pelbagai reaksi.

Zakiah Yah berkata, “Subahanallah alhamdulillah Allahuakbar… Allahu tunjuk kebesaran-Nya. Atas kejujuran Pok Su…

“Alhamdulillah Ya ALLAH, semoga segala kebaikan terhadap Pok Su kembali kepada kalian semua… Jazakallahu Khairan jaza’…,” tulisnya.

Kata Azlia Shakiela, “perkongsian yang baik, sangat terinspirasi.”

Tambah, Faizah Nawi, “ALLAH tidak memandang harta rupa paras seseorang tapi pada hati iman serta ketakwaan. Alhamdulillah Pok Su dipilih.”

Sementara itu, hantaran dimuat naik Ahad lalu tular sehingga kini dan meraih lebih 1,200 tanda suka daripada netizen.

Tambah Aqilah lagi, dia berasa kagum dengan pakciknya itu yang merasakan semua perkara sudah cukup untuk dirinya tanpa perlu membazir atau sebagainya.

Dia juga megakui amalan harian lelaki tua itu yang penuh kejujuran  berkemungkinan menghadirkan sesuatu yang baik untuknya.

Sehubungan dengan perkongsian menarik daripada pengguna Facebook tersebut mengenai pakciknya, rata-rata warganet telah meningg4lkan maklum balas yang pelbagai di ruangan tersebut.

Sumber : Quwwatun Aqilah Mohamad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NewsKini Ya.

PERHATIAN: Pihak NewsKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Berk4t Kejujuran, Peni4ga Santan W4rga Em4s Dit4ja Tunai Ibadah Umrah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*