Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pesakit Covid-19 Termuda Yang Maut Di Eropah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Belgium dilaporkan menjadi mangsa termuda meningg4l dunia akibat wabak Covid-19 di Eropah pada Isnin.

Jurucakap Pusat Krisis Koronavirus Negara, Dr Emmanuel Andre berkata, ia adalah ”suatu masa yang sukar kerana melibatkan seorang kanak-kanak dan mengecewakan pasukan perubatan.”

Beliau menambah: ”Kami memikirkan keluarga dan rakannya. Kejadian ini adalah sesuatu yang jarang berlaku tetapi memberi kesan yang besar kepada kami.”

Namun, maklumat lanjut mengenai kanak-kanak tersebut tidak didedahkan kepada umum, memetik laporan Independent.

Difahamkan, 98 orang telah meningg4l dunia akibat Covid-19 di Belgium dalam tempoh 24 jam lalu sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes kamtian meningkat kepada 705 orang.

Sebelum kem4tian kanak-kanak perempuan dari Belgium itu, kem4tian termuda di Eropah adalah Vitor Godhino, seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun dari Portugal.

Dia dilaporkan meningg4l dunia pada pagi Ahad lalu selepas jatuh sakit akibat wabak tersebut.

Manakala sebelum Vito, kem4tian termuda di Eropah direkodkan oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Julie Alliot dari Perancis.

Dia dilaporkan meningg4l dunia di hospital di Paris pada 25 Mac lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:siakap keli

 

Be the first to comment on "Kanak-Kanak 12 Tahun Jadi Pesakit Covid-19 Termuda Yang Maut Di Eropah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*