Nursahira dipenjara lima bulan, gagal jelaskan denda

PEMBANTU kedai yang dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan kerana kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik, dilaporkan gagal membayar denda berkenaan.

Berikutan itu, tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, dibawa ke penjara tengah hari tadi, bagi menjalani hukuman penjara lima bulan mulai tarikh dia ditahan pada 27 Mac lalu.

Terdahulu, Hakim Murtazadi Amran mengarahkan hukuman ke atas tertuduh ditambah dua bulan sekiranya gagal membayar denda yang ditetapkan ke atasnya.

Nursahira membuat pengakuan bersalah atas tuduhan secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik melalui aplikasi Facebook dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu.

Dia didakwa melalukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, di sini, kira-kira jam 9 malam.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:MY METRO

Be the first to comment on "Nursahira dipenjara lima bulan, gagal jelaskan denda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*