“Harga Barang Murah Giler!”- Doakan Pasaraya Ebit Lew Maju.

Sebelum ini tular cerita mengenai pendakwah bebas ini, Ustaz Ebit Lew yang tidak putus-putus asa menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Biarpun menerima pelbagai dugaan dan rintangan, tetapi niat yang baik diteruskan dengan mencari pahala berganda.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Dalam posting terdahulu juga, Ustaz Ebit Lew memberitahu dia sangat bahagia jika dapat menghulurkan pertolongan kepada golongan susah.

Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate . Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba Mart Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan.

Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap elewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan. Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini. Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang. Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua.

Pohon doakan yer ada 10 cawangan. Bandar Baru Bangi, Kajang,Cyberjaya, Sg Buloh,Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak,Gombak Traders dan Subang Perdana. Terima kaseh semua. ElewsMart Saudaraku,Murah😍

Sebaik muat naik posting ini, menerima pelbagai komen netizen dan rata-rata memberi cadangan supaya beliau membuka cawangan di negeri lain juga.

Ini kerana rata-rata mereka turut berhasrat ingin membeli-belah di pasar raya tersebut selain membuka peluang pekerjaan bagi golongan menganggur.

 

Sumber: IG EbitLew

Be the first to comment on "“Harga Barang Murah Giler!”- Doakan Pasaraya Ebit Lew Maju."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*