Ini Sebab Elak Kerap Makan Nugget. Take Note Ibu Ayah!

Tidak dinafikan amat penting menjaga pemakanan untuk seisi keluarga terutamanya kanak-kanak. Ini kerana mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Menggalakkan ahli keluarga mengamalkan gaya hidup yang sihat juga amat penting. Lebih-lebih lagi, zaman sekarang yang penuh dengan lambakan makanan segera yang mudah dibeli.

Memang makan segera ini sedap dimakan, namun ia akan memberi kesan untuk jangka masa panjang. Makanan yang diproses ini lazimnya penyediannya tidak menjuruskan kepada diet yang sihat.

Salah satu makanan segera yang sering menjadi pilihan keluarga adalah makanan nugget. Ia makanan yang mudah disediakan. Lebih menyedihkan ia menjadi makanan sarapan buat anak-anak. Malah ada juga didapati makanan sebegini turut dijual di kantin sekolah.

Menyedari akan hal ini, melalui Public Health Malaysia, menyedian maklumat mengenai sebab kenapa makanan segera seperti nugget tidak digalakkan untuk pemakanan seisi keluarga terutama kanak-kanak.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Gambar hiasan

Jika anda merasakan nugget adalah pilihan yang baik dan mudah untuk menggantikan sumber protein dari daging ayam, fikirkan semula.

“Autopsy” yang dilakukan oleh pengkaji terhadap nugget ayam menemui sebahagian besar nugget ayam TIDAK mengandungi daging putih ayam sebaliknya bahan bahan lain dari ayam seperti kulit, tulang, saluran d4rah dan komponan ayam.

Selain itu, bagi meningkatkan rasa dan untuk bertahan lama, garam dan bahan pengawet di campur kedalam adunan sebelum ini. Kandungan garam yang tinggi ini adah punca kepada peningkatan tek4nan d4rah dan pengambilan kalori tinggi nugget boleh menyebabkan kegemukan.

Makanan segera seperti ini merupakan sejenis makanan ultra- processed yang sememangnya bukan pilihan yang baik jika anda mengutamakan kesihatan.

JADUAL PEMAKANAN YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK

Sarapan

Sarapan bukan saja untuk mengisi perut dan memberi tenaga. Ia menjadikan anak anda lebih peka dan membaiki daya ingatan supaya mereka dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajaran di dalam kelas. Antara hidangan dicadangkan adalah:

• Bijirin dengan susu.

• Kacang panggang, telur dadar dan roti bakar.

• Bubur ayam atau bubur ikan dengan sayuran.

Waktu rehat di sekolah

Di sekolah, jangan biarkan anak anda mengisi perut mereka dengan makanan ringan yang tidak berkhasiat dan minuman berkarbonat. Sebaliknya, bekalkan mereka dengan makanan berkhasiat seperti:

• Buah-buahan seperti pisang atau epal.

• Sandwic tuna, sardin, ayam atau telur.

• Roti atau biskut tawar dengan keju, marjerin atau jem.

• Sekotak susu, susu soya atau jus buah-buahan.

Makan tengah hari

Makanan tengah hari bagi mengisi semula bekalan nutrien dan tenaga daripada sarapan yang telah digunakan untuk mencergaskan badan dan minda anak supaya lebih bersedia mengharungi masa berikutnya. Makanan yang boleh diberikan:

• Nasi dengan sayuran dihidangkan bersama ayam atau ikan atau daging yang dimasak dengan kicap cair atau tauhu kukus dengan daging cincang.

• Mi sup dengan daging ayam tanpa lemak dan sayuran.

• Nasi ayam kukus dengan salad.

Waktu belajar

Sama ada anak anda mengulang kaji di rumah, pusat tuisyen atau mengikuti kelas piano, mereka memerlukan makanan berkhasiat untuk mencerdaskan fikiran dan badan supaya boleh memberi tumpuan kepada mata pelajaran Matematik dan Muzik! Berikan mereka:

• Pau kaya atau pau kacang merah.

• Sandwic tuna atau sardin atau ayam atau telur.

Makan malam

Makan malam memberi peluang kepada anak anda untuk melengkapkan kuantiti nutrien harian mereka. Galakkan mereka duduk makan bersama keluarga kerana waktu makan malam adalah masa terbaik untuk seisi keluarga berbual mesra. Cuba hidangkan:

• Spageti atau makaroni dengan ayam, sayuran dan keju serta sos tomato.

• Burger ayam masakan rumah dengan roti gandum penuh dan sayuran.

Snek antara waktu makan utama

Snek dapat menenangkan perut yang berkeroncong sebelum tibanya waktu makan utama. Minuman seperti susu, malta, jus buahan-buahan dan susu soya yang diberikan bersama makanan ringan dapat membantu menambah nilai pemakanan makanan snek. Pilihan yang sihat termasuk:

• Bungkusan atau kotak kecil bijirin.

• Biskut separuh manis atau biskut tawar.

• Roti ban atau roti dengan keju.

 

Kredit: Public Health & Keluarga

Be the first to comment on "Ini Sebab Elak Kerap Makan Nugget. Take Note Ibu Ayah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*