Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial, Asalkan Ada Penjarakan Sosial & Patuh SOP

Amalan penjarakan sosial perlu dikekalkan di setiap meja makan restoran, walaupun tiada had khusus ditetapkan bagi bilangan pelanggan susulan kelonggaran kepada pengusaha.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata penjarakan sosial perlu berlaku antara kerusi pelanggan yang berada di meja sama, bukannya dengan meja berhampiran.

“Kelonggaran had pelanggan bergantung selagi ada penjarakan sosial satu meter di meja terbabit.

“Kalau meja panjang dan boleh muatkan enam orang dengan penjarakan sosial, maka enam oranglah (dibenarkan duduk di meja terbabit),” katanya.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan berhubung tiada penetapan had untuk jumlah pelanggan dibenar duduk di meja makan restoran ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa.

Kelonggaran bagi jumlah pengunjung dibenarkan duduk di sesebuah meja adalah bergantung kepada saiz meja terbabit dengan mengamalkan penjarakan sosial antara setiap pelanggan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia (PRIM), Datuk Kadhar Shah Abdul Razak, berkata pengusaha restoran bernaung di bawahnya belum mengguna pakai kelonggaran berkenaan.

“Kita masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) yang jelas berpandukan pengumuman terbaharu kerajaan, selain ada menghubungi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Kita masih mengekalkan jarak dua meter antara setiap meja. Bagaimanapun, agak kurang jelas sama ada jarak satu meter antara setiap kerusi perlu dikekalkan atau sebaliknya.

“Setiap susun atur bagi kedudukan baharu kerusi dan meja makan akan dibuat selepas mendapat penjelasan lanjut berhubung SOP baharu dan kita akur dengan setiap ketetapan kerajaan,” katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali, menjelaskan pihaknya sudah mula menjarakkan kedudukan meja di setiap premis berkenaan.

“Susunan meja disesuaikan dengan pengumuman membenarkan duduk 10 orang tetapi perlu ada jarak sosial satu meter antara meja dan perkembangan ini sangat positif kepada pengusaha.

“Bagaimanapun, kita belum menerima kenyataan rasmi daripada kerajaan, selain bergantung dengan apa dilaporkan oleh media. Kita akan beri kerjasama sebaik mungkin dan akur terhadap apa-apa saranan kerajaan,” katanya.

Kawalan kendiri merupakan kaedah terbaik cegah diri dij4ngkiti

Menerusi video dari Majlis keselamatan Negara, kawalan kendiri dan pematuhan SOP merupakan langkah terbaik yang menyumbang kepada kawalan kes COVID-19 di negara kita.

“Hari ini genap 30 hari PKPP dilaksanakan. Dalam tempoh itu, kerajaan telahpun memberikan banyak kelonggaran”.

Kerajaan telah membuka hampir keseluruhan sektor ekonomi dan membenarkan banyak aktiviti-aktiviti harian yang lain”.

25 hari berturut tiada kematian di negara kita

“Dua hari berturut-turut, kita didapati tiada warga negara Malaysia yang positif COVID-19. Setelah 25 hari, tiada kematian di negara kita”.

“Oleh itu, kawalan kendiri merupakan kaedah terbaik untuk mencegah diri daripada dijangkiti,” katanya.

Sentiasa memakai penutup muka di tempat-tempat awam

“Justeru, pastikan SOP asas seperti penjarakan sosial dan pemakaian penutup muka sentiasa diamalkan di tempat-tempat awam,” tegasnya.

Semoga dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh orang ramai.

 
Sumber: Beritaharian

Be the first to comment on "Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial, Asalkan Ada Penjarakan Sosial & Patuh SOP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*