“Free Of Charge” Suami Isteri Buka ‘Rumah Makan Percuma’ Untuk Jamu Semua Makan.

Membantu orang yang memerlukan merupakan amalan yang mulia dan kita sebenarnya cukup beruntung kerana dilahirkan di Malaysia, di mana rata-rata masyarakatnya cukup prihatin terhadap kebajikan orang lain.

Seperti pasangan suami isteri di Alor Setar ini, mereka mengambil inisiatif untuk menyediakan makanan secara percuma bagi membantu insan-insan yang dilanda kesusahan ekoran kesan penularan pandemik.

Rumah Makan Percuma itu diusahakan oleh Jaffri Ahmad dan isterinya, Mazlina Makaruddin, di mana mereka menyediakan makanan tengah hari percuma kepada sesiapa sahaja!

Menurut Jaffri, sudah lama sebenarnya niat dan rancangan untuk melakukan kerja amal berkenaan namun ia kerap kali tertangguh ekoran terlalu sibuk dengan urusan perniagaan.

“Idea sudah lama, sebab setiap kali kami menunaikan umrah, masyarakat di sana berlumba-lumba untuk memberi makan percuma”.

Rumah Makan Percuma – Day 3Rezeki lebih hari nie, ada dadih comel pemberian kakak Puteh Soraya dari Putrajaya. Terima…

Posted by Ayam Bismi Segar Halal Suci on Wednesday, 8 July 2020

“Apabila COVID-19 melanda negara, ramai yang sudah dan saya rasa ini adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan kerja amal ini”, jelas Jaffri.

Mula dilancarkan pada 6 Julai lalu, Rumah Makan Percuma difahamkan telah menyediakan makanan untuk 200 orang. Penerima akan diberi nombor giliran untuk membolehkan mereka mengambil makanan.

“Antara menu yang dihidangkan sekarang ialah nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis masakan serta air”, jelas Mazlina yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd.

Difahamkan juga bahawa Rumah Makan Percuma itu beroperasi pada jam 12 tengah hari hinggalah 2 petang setiap Isnin hingga Sabtu.

“Kami akan lihat dahulu sambutannya. Kalau bagus mungkin selepas ini kita akan tambah jumlah orang untuk datang makan di sini”, ujarnya lagi.

Sehari bercuti terus rindu #RMP Betul tak ?? 😃😃 Esok dah buka semula. 💕💕

Posted by Ayam Bismi Segar Halal Suci on Sunday, 12 July 2020

Mazlina juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyumbang dalam inisiatif berkenaan dan berharap ia dapat bantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.

 

Sumber: Erabaru

Be the first to comment on "“Free Of Charge” Suami Isteri Buka ‘Rumah Makan Percuma’ Untuk Jamu Semua Makan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*