Kegemilangan Kembali. Hagia Sophia Ditukar Sebagai Masjid Semula Setelah Sekian Lama.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam mengumumkan bangunan ikonik Hagia Sophia, iaitu salah satu keajaiban seni bina dunia akan dibuka kembali menjadi sebuah masjid.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki mengeluarkan keputusan susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium.

Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.

 

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan umat Islam akan bersolat Jumaat yang pertama, di Hagia Sophia selepas Mahkamah Tinggi membatalkan status muziumnya, pada 24 Julai ini.

“Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah.

“Seperti semua masjid kita, pintu Hagia Sophia akan dibuka kepada semua penduduk tempatan dan orang luar, Muslim dan bukan Muslim.,” kata Erdogan.

Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam.

Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau dikenali sebagai Constantinople.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Kegemilangan Kembali. Hagia Sophia Ditukar Sebagai Masjid Semula Setelah Sekian Lama."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*