Nak Daki Gunung Kinabalu? Nah, Ini Dia SOP Baru.

Penularan v1rus COVID-19 menjadi igauan nger1 penduduk dunia hinggakan ia mengubah kebiasaan kehidupan manusia kepada normal baharu serta memberi kesan kepada aktiviti harian rakyat dan Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini.

Tatacara normal baharu yang berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut terpakai bagi aktiviti rekreasi termasuk pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Setelah beberapa bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei 2020 tetapi setiap pendaki perlu mematuhi SOP. Puncak gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabali terletak di Taman Kinabalu, Kundasang kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu yang juga kawasan Tapak Warisan Dunia.

Pendakian Ke Panalaban

  • Berdasarkan normal baharu itu hanya 100 pendaki dibenarkan dalam sehari (berbanding kira-kira 165 orang sebelum PKP) untuk mendaki dan setiap pendaki akan diperiksa suhu badan selain mencatat nama pada buku daftar di pintu masuk utama Taman Kinabalu sebelum dibenarkan berada di kawasan taman untuk urusan pendakian.
  • Setiap pendaki termasuk malim gunung dan porter tidak terkecuali daripada SOP yang ditetapkan itu bagi memastikan keselamatan setiap pendaki terjamin.
  • Pertamanya, suhu badan pendaki perlu melepasi tahap yang ditetapkan, barulah dibenarkan untuk mendaftar masuk bagi urusan pendakian seperti bayaran insurans, malim gunung, penginapan dan porter.
  • Waktu pendaftaran pula bermula seawal 7.00 pagi-10.30 pagi sahaja sebelum bergerak ke Timpohon bagi memulakan pendakian ke Panalaban sejauh enam kilometer.
  • Tepat pukul 9.40 pagi, selepas menandatangani buku daftar masuk di pintu Timpohon, 88 pendaki termasuk media dibenar untuk meneruskan pendakian ke Panalaban yang berketinggian 3,272 meter dari aras laut.
  • Panalaban adalah tempat perhentian yang menempatkan beberapa asrama penginapan untuk pendaki bermalam sebelum meneruskan pendakian keesokan hari ke puncak Kinabalu.

  • Baju hujan adalah antara keperluan yang perlu dibawa ketika mendaki selain sarung tangan, stokin, makanan ringan, minuman, ubat dan pakaian yang mudah kering selain ringan bagi memudahkan pergerakan.
  • Antara perkara yang perlu diberi perhatian ketika mendaki ialah perubahan suhu dan ketinggian akan menyebabkan pendaki merasa pening, loya dan muntah berpunca daripada mabuk gunung (AMS)
  • Jika pendaki merasa sesak nafas dan kesejukan yang melampau, mereka perlu maklumkan kepada malim gunung supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka.

SOP Pendakian Untuk Semua Pendaki

  • Sepanjang pendakian ke Panalaban, pendaki akan melalui tujuh pondok perhentian iaitu pondok Kandis, Ubah, Lowii, Mempening, Layang-Layang, Paka dan Waras.
  • Pemeriksaan suhu badan semua pendaki termasuk malim gunung dan porter akan dijalankan lagi di pondok Layang-Layang yang berada di ketinggian 2,702 meter dari aras laut.
  • Jika suhu mereka lebih daripada 37.4 darjah selsius, individu itu akan dikuarantin di bilik yang telah disediakan di pondok Layang-Layang.
  • Selepas itu, suhu pendaki diperiksa lagi di pondok Waras; di pintu masuk restoran dan penginapan Laban Rata; sebelum bertolak ke puncak Gunung Kinabalu dan selepas turun dari puncak Kinabalu.
  • Semasa berada di puncak Kinabalu pula, bagi mengelakkan kesesakan hanya empat orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa dan perlu bergilir untuk bergambar.
  • Proses sanitasi dibuat di setiap kawasan rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.
  • Proses sanitasi juga dibuat di setiap kawasan penginapan yang terdiri daripada beberapa buah antaranya rumah rehat Laban Rata, Pendant Hut, asrama Lemaing, asrama Mokodou dan Kinotoki.
  • Kedudukan katil di setiap bilik juga disusun dengan jarak yang ditetapkan selain penyediaan cecair pembasmi kuman di setiap pintu masuk bilik penginapan.

SOP Di Restoran Laban Rata

  • Pelayan di restoran Laban Rata membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
  • Bagi penyediaan makanan di restoran Laban Rata, pendaki tidak dibenar untuk mengambil makanan sendiri seperti sebelum ini.
  • Bagi mematuhi SOP, pelayan di restoran akan membantu meletakkan makanan di pinggan pelanggan.
  • Jumlah pendaki yang berada di restoran ini untuk menjamu selera juga dikurangkan kepada 30 orang berbanding 40 orang sebelum ini dan tempoh 30 minit diberikan untuk setiap kumpulan berada di restoran itu.
  • Setiap pelayan mahupun tukang masak di restoran itu juga memakai pelitup separuh muka sebagai langkah keselamatan.

Foto: Amazing Borneo | Sumber: Bernama

Be the first to comment on "Nak Daki Gunung Kinabalu? Nah, Ini Dia SOP Baru."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*