Taj Mahal Alami Ker0sakan Akibat R1but Pet1r

Taj Mahal yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia serta menjadi tarikan pelancongan nombor satu di India kini mengalami ker0sakan akibat insiden r1but pet1r yang melanda beberapa bahagian utara India, baru-baru ini.

Bahagian yang paling terjejas t3ruk adalah bahagian dalam kompleks Taj Mahal, termasuk pintu utama dan pagar yang mengelilingi lima buah kubahnya.

Tiada kemal4ngan jiwa berlaku di lokasi pelancongan itu memandangkan ia telah ditutup kepada pengujung sejak pertengahan Mac lalu susulan pandemik COVID-19.

Beberapa gambar-gambar daripada AFP menunjukkan para pekerja sedang memeriksa pagar di bahagian makam utama selepas r1but pet1r melanda bandar Agra di negeri di utara, Uttar Pradesh.

“Salah satu pagar diperbuat daripada batu pasir yang merupakan bahagian daripada struktur asalnya r0sak,” kata Penyelia Ahli Arkeologi dari Kaji Selidik Arkeologi India, Encik Vasant Kumar Swarnkar, kepada AFP.

“Salah satu pagar marmar yang merupakan struktur tambahan dan siling di kawasan berkumpul pelancong dan batu asas di pintu utama juga didapati r0sak,” katanya.

Beliau bagaimanapun menambah bahawa tiada ker0sakan pada struktur utama monumen yang dikenali sebagai lambang cinta itu – ia dibina oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan sebagai pusara untuk isteri tercintanya, Mumtaz Mahal yang meningg4l dunia ketika bersalin pada tahun 1631.

Media tempatan melaporkan bahawa r1but pet1r dan k1lat pada Jumaat itu meng0rbankan sekurang-kurangnya 13 orang di dua daerah di Uttar Pradesh.

Benc4na alam itu sering berlaku pada musim tengkujuh sekitar bulan Jun hingga Oktober.

Tahun lalu, sekurang-kurangnya 150 orang terbvnuh akibat r1but pet1r yang berlaku pada Ogos dan September di negeri di pusat India iaitu Madhya Pradesh.

Sumber: 24newshd.tv

Be the first to comment on "Taj Mahal Alami Ker0sakan Akibat R1but Pet1r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*