“Jangan Minta Duit Dari Saya” – Aliff Syukri Beri Am4ran Jangan Kaitkan Dengan Bekas PA Kaki Sc4m

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri memohon orang ramai agar tidak mengaitkan namanya dengan bekas pembantu peribadi (PA) yang did4kwa men1pu duit pelanggan atas jual beli pakej penginapan.

Jelas Aliff dia tiada lagi kena mengena atau masuk campur dengan urusan bekas pembantu peribadi yang dikenali sebagai Iqbal Sani dan wanita yang didakwa isterinya, Intan Haleda.

“Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf… pada semua.

“Sebolehnya saya tak nak masuk campur masalah mereka. 

“Tetapi terlalu banyak orang yang DM sampai saya pening, tag IG saya, yang nak berjumpa dengan saya termasuk pihak p0lis dan juga orang ramai.

“Malah ada orang yang menghubungi saya untuk meminta duit kepada saya atas kerug1an yang mereka alami,” katanya.

Akui Aliff, Iqbal pernah bekerja dengan syarikatnya sekitar dua tahun lalu dan melepaskannya untuk menjalankan bisnes sendiri.

“Saya bukan abang dia atau saudara mara dia, memang dia bekas staf dan tak lebih dari itu.

“Dia bekerja dengan saya dua tahun lepas selama hampir 5 tahun dan sudah lama berenti kerja sebab dia buat bisnes, yang saya sendiri tak ada masuk campur dan tak tahu apa-apa,” jelasnya.

Rayu Aliff agar tidak lagi mengaitkan namanya dengan individu terbabit apatah lagi meminta duit darinya.

“Kalau boleh saya tidak mahu ada kena mengena dengan beliau dan saya tidak tahu sama sekali apa yang berlaku ke atas urusan anda. 

“Saya tidak ada kena mengena dengan urusan mereka dan saya berharap jangan ganggv saya atau WhatsApp tanya rumah, nombor, nak duit.

“Saya sendiri sekalipun tidak terlibat dengan apa apa yang mereka lakukan. Semoga Masalah anda boleh diselesaikan dengan cara yang terbaik tanpa memaIukan sesiapa,” katanya.

TuIar sejak Selasa foto individu terbabit yang did4kwa telah memperd4ya orang ramai dengan menjual pakej percutian paIsu.

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Jangan Minta Duit Dari Saya” – Aliff Syukri Beri Am4ran Jangan Kaitkan Dengan Bekas PA Kaki Sc4m"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*