“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi” – Elly Mazlein jawab soal hamiI

SEMBILAN bulan mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein memberitahu dia dan suami sedang berusaha mendapatkan zur1at.

Bagaimanapun Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata dia akan berkongsi berita gembira tersebut apabila sudah tiba masa yang bersesuaian.

Menurut Elly lagi, dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi dalam soal cahaya mata kerana mempercayai perancangan Allah yang sudah tertulis untuknya.

Elly mempunyai seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi. Insya-Allah kalau sampai masa, ada berita gembira sudah tentu saya akan kongsi dengan semua orang.

“Sebenarnya kalau kita terlalu mengharap, mungkin susah nak dapat. Jadi, kita santai saja sebab Allah akan susun baik untuk kita nanti. Yang penting, jangan terlalu fikir sebab kalau fikir akan tertek4n.

“Kita ikut apa yang Allah dah susun sebab Allah sebaik-baik perancang. Tak apa, kita berserah kepada Allah, berusaha dan jalani kehidupan macam biasa serta jangan stress. Insya-Allah akan ada. Cuma cepat atau lambat,” katanya kepada mStar.

Elly ditemui ketika sidang media selepas konsert Big Stage tribute #SandraDalamKenangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.

Ada yang boleh terima kalau untuk kebaikan sebab kita pun tak boleh nak sombong.

ELLY MAZLEIN

PENYANYI & PELAKON

Elly mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang juga seorang guru pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pelakon drama Kampung People ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia yang kini berusia empat tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pengarah drama Azmi Hatta.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sabarlah Hati ini memberitahu dia sentiasa mengambil langkah menyek4t akaun laman sosial yang meningg4lkan komen kerterIaluan.

“Saya memang tidak akan membaca krit1kan atau komen negat1f. Memang ada masa kita rasa nak tahu, tapi sebenarnya kita tak kuat. Kadang-kadang ada yang komen berlebihan walaupun kita tak begitu.

Elly akan menyek4t akaun laman sosial yang meningg4lkan komen meIampau.

“Kalau nak komen, guna bahasa dan cara yang betul. Saya pernah juga membalas komen sebab orang kutvk kita keterIaluan sangat tapi bila fikir balik, tak pergi mana pun. Kalau ada saja komen yang meIampau, kita sek4t saja.

“Kalau dia komen begitu bermaksud dia tak suka kita. Kalau dia tak suka, kenapa dia follow kita? Jadi, kita ambil langkah bl0ck saja dia. Kita manusia dan bukan saya seorang saja tapi semua orang memang tak boleh terima.

“Ada yang boleh terima kalau untuk kebaikan sebab kita pun tak boleh nak somb0ng. Tapi kalau penggunaan bahasa itu sengaja nak buat kita rasa d0wn, bl0ck saja,” ujarnya.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Saya ikut kata orang tua… kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi” – Elly Mazlein jawab soal hamiI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*