Doktor d3dah ibu bapa tonj0l teladan tak baik, paksa beri MC pada anak tak sakit… padahal bercuti, tak siap homework

SUDAH menjadi peraturan di mana-mana syarikat, seseorang yang tidak dapat hadir untuk bekerja perlu mengemukakan bukti sokongan.

Sebagai contoh, individu berkenaan perlu mengemukakan sijil cuti s4kit atau medical certificate (MC) sekiranya dalam keadaan yang tidak sihat.

Bukan individu yang bekerja sahaja, malah golongan pelajar juga perlu mengemukakan MC sekiranya sakit dan mempunyai kaitan dengan isu kesihatan.

Namun, ada segelintir golongan yang menyalahgunakan tujuan sebenar dokumen tersebut sehingga mengaitkan doktor asalkan tujuan mereka tercapai.

Terpanggil untuk memberi teguran, seorang doktor tampil mengulas isv berkenaan yang pada pandangannya merupakan satu amalan yang tidak wajar apatah lagi membabitkan pelajar sekolah.

Dr Kamarul menegur segelintir ibu bapa yang menyalahkan tujuan mendapatkan sijil cuti sak1t daripada doktor.

“Saya dikhabarkan oleh kebanyakan ibu bapa pelajar bahawa pihak sekolah akan minta penjelasan sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah.

“Jika sakit, perlu beri bukti cuti sakit daripada doktor. Jika ada urusan keluarga seperti kem4tian, kelahiran, atau kevzuran ahli keluarga, ibubapa perlu kemukakan surat rasmi sebagai dokumentasi.

“Saya sebagai doktor, ada perkara saya perlu beritahu. Jujur saya katakan, ramai ibubapa bawa anak datang ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sak1t. Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti, ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya s3sak, ada kerana kenderaan ros4k, ada juga kerana kerja sekolah tak siap.

“Saya enggan beri cuti sak1t, tetapi ibu bapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sak1t itu,” tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam satu posting di Facebook.

Malah lebih tervk, dedah doktor ini, ada segelintir ibubapa yang meminta sijil cuti sakit untuk anaknya dengan tarikh yang lebih awal daripada hari mereka ke klinik.

Dr Kamarul bimbang kesan amalan tersebut akan memberi teladan yang tidak baik untuk para pelajar.

“Perilaku ibu bapa tadi dilihat oleh si anak. Dia lihat ibu bapa dia paksa doktor beri sijil cuti s4kit, tawar duit untuk sijil cuti sak1t, cuba tipu tarikh pemberian sijil cuti sakit.

“Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa.

“Andai saya tol4k permintaan ibu bapa ni, mereka akan kata pihak sekolah yang minta sijil cuti s4kit, dan kalau tak dapat kemukakan, markah terkumpul (carry over) pelajar akan di tol4k, atau pelajar akan did3nda.

“Terus terang, saya tak pasti sama ada dakwaan ibu bapa itu benar atau tidak, tapi ramai ibu bapa yang mengatakan perkara yang sama. Ramai dakwa, tak semestinya ia benar,” ujarnya lagi.

 

Saya enggan beri cuti s4kit, tetapi ibu bapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengvgut saya, demi untuk dapatkan juga cuti s4kit anaknya tak s4kit itu.

DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

DOKTOR

Bagaimanapun jika dakwaan tersebut benar, doktor ini berkata ia bukanlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan sebaliknya memberikan implikasi yang neg4tif kel4k.

“Ketegasan berlebihan begini, pada hemat saya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jika pelajar tak ke sekolah atas apa-apa sebab, mereka akan minta ibu bapa dapatkan cuti sak1t.

“Akhirnya, pont3ng kelas membawa kepada sikap manipulatif, pemalsuan keuzvran dan sijil cuti s4kit, dan inokulasi perilaku-perilaku negatif lain seperti telah dinyatakan awal tadi.

Antara komen netizen terhadap perkongsian Dr Kamarul.

“Jika tidak hadir ke sekolah bukan atas faktor kesihatan, ibubapa tak perlu kemukan sijil cuti s4kit. Tulis saja surat penjelasan kepada sekolah.

“Saya percaya, jika alasan dan tempoh cuti dalam permohonan itu munas4bah, maka pihak sekolah tidak akan mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan,” katanya.

Tambah Dr Kamarul Ariffin, ibu bapa tidak perlu cuba untuk melindungi anak mereka sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah tanpa sebab yang kukuh.

“Ajarlah mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri,” katanya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 2,200 shares.

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Doktor d3dah ibu bapa tonj0l teladan tak baik, paksa beri MC pada anak tak sakit… padahal bercuti, tak siap homework"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*