Tudung Fasha Sandha Dah ‘Terbang’ Ke? Sekali Suami Yg Kena

Pelakon Aidil Aziz yang juga suami kepada pelakon Fasha Sandha menimbulkan tanda tanya segelintir peminat apabila memuat naik gambarnya bersama Fasha yang tidak mengenakan tudung.

KETIKA FASHA SANDHA BERTUDUNG DAN NAMPAK CANTIK SANGAT DI MATA NETIZEN

“Semoga Istiqamah, Sejuk Mata Melihat” - Bertudung Sejak Ramadan, Netizen Doa Fasha Sandha Kekal Berhijab

Sebelum ini Fasha dikatakan mula memakai hijab sejak bulan Ramadan yang lalu dan sering berkongsi gambar-gambar memakai hijab di Instagram miliknya.

Kali pertama Aidil memuat naik gambarnya bersama Fasha tanpa mengenakan tudung pada dua minggu lalu ketika Selangor dilanda krisis air.

Terbaru, ketika bercuti di Pulau Pinang, Aidil kembali memuat naik gambar percutian mereka sekeluarga dan Fasha juga tidak memakai tudung.

Segelintir peminat turut bertanyakan hal tersebut pada ruangan komen tetapi tidak dijawap oleh Aidil.

Manakala di Instagram Fasha pula, kali terakhir dia memuat naik video promosi produk beberapa hari lalu, Fasha masih kelihatan mengenakan hijab.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan mereka dikurniakan cahaya mata Aisha Amaira yang baru berusia sebulan.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Viral

Sumber : GEMPAK

 

 


Be the first to comment on "Tudung Fasha Sandha Dah ‘Terbang’ Ke? Sekali Suami Yg Kena"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*