Anis Nabilah Dedah Tak Mahu Jadi Artis, Hanya Sebab Nak Memasak, “Ini Puncanya

CEF selebriti Anis Nabilah, 34, tidak pernah terfikir untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Anis atau nama sebenarnya, Anis Nabilah Umaruddin ketika ditemui berkata, dia bersyukur selepas 13 tahun pembabitannya sebagai cef selebriti.

“Selama ini, memang saya tak fikir untuk cuba bakat berlakon dan menyanyi. Ini kerana, saya puas menjadi cef. Apatah lagi, saya berpeluang mengajar orang lain memasak seiring matlamat utama masuk ke industri hiburan ini.

“Saya hanya nak ajar orang masak kerana aktiviti memasak selalu buat saya gembira. Jadi, lagi seronok apabila dapat berkongsi resipi dihasilkan,” katanya.

Menurut Anis, bakatnya dalam bidang kulinari sudah dipupuk sejak sejak kecil. Ketika kanak-kanak lagi dia sudah suka memasak dan masuk dapur.

Mengakui bukan populariti yang dikejarnya, Anis berkata, dia banyak mengumpul pengalaman dari bawah. Katanya, dia masuk membina nama sebagai cef selebriti dengan usaha gigih sendiri.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

First post of the year! Thank you all for the love and support you’ve given me over the last few years, I appreciate all of you and I can’t wait to share more recipes and contents with you guys! 2020 is gonna be brighter than my cake 😉 InsyaAllah ❤️ Pictures from yesterday’s fun shoot in the kitchen, at a farm and in the studio ❤️ Thank you dream team! @meiaisyah @universalmusic_my @nadirahzakariya @_thejebs Makeup by @chomel_81 Hair by @yusofruzaimi Suit by @hattadolmat Styled by @xeliciousxass #styledbyvelicious

Siaran dikongsi oleh Anis Nabilah (@anis_nabilah) pada

“Disebabkan niat tak kejar populariti juga, saya bersyukur dapat bertahan sampai sekarang tanpa rasa tercabar dengan kehadiran cef selebriti lain sebagai saingan.

“Saya juga amat selesa dengan sikap jujur dan ikhlas yang ada dalam diri ini banyak membantu untuk bina kerjaya dalam bidang masakan diceburi,” katanya.

Ditanya impiannya bertemu cef idola, Anis yang juga kakak kepada pelakon Aisya Hasnaa berkata, dia sudah berjumpa ramai cef profesional antarabangsa tahun lalu.

Namun, ada beberapa yang dia belum berpeluang untuk berjumpa seperti Jimmy Oliver dan Gordon Ramsay yang sangat dikaguminya.

Sumber:MYMETRO

Be the first to comment on "Anis Nabilah Dedah Tak Mahu Jadi Artis, Hanya Sebab Nak Memasak, “Ini Puncanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*