Mawi Tampil Ulas Hubungan Terkini Rumah Tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah

Baru-baru ini dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita kelibat isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana kelihatan berada di pejabata agama.

Namun masing-masing menutup mulut dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan perihal tersebut kecuali meminta peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

Terbaru di entri Instagram milik Puteri Sarah, dia berkongsi satu rasa pada kapsyen gambar yang dimuat naiknya itu. Tidak dapat dipastikan sama ada ianya hasil tulisannya sendiri atau dipetik daripada sumber lain kerana ayat-ayat tersebut lebih kepada Bahasa Indonesia.

“Kamu sedang tidak bersaing dengan siapa-siapa..

Jangan terus bandingkan kehidupanmu dengan kehidupan orang lain. Kita sudah punya porsi masing-masing yang mana semuanya sudah Allah atur.

“Kamu hebat dengan tetap mensyukuri segala bentuk pemberian Allah. Kamu istimewa dengan apa yang ada pada dirimu. Nikm@tilah apa yang Allah anugerahkan. Karena sampai kapanpun, tak ada gunanya jika hidup hanya sekadar untuk membanding,” tulis Puteri Sarah.

Tambah Puteri Sarah lagi, cukuplah untuk kita menjadi lebih baik daripada diri kita yang sebelumnya dan bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepada kita.

“Cukuplah kamu jadi baik dari kelmarin, dari diri kamu yang terdahulu. Cukuplah kamu menjadi dirimu sendiri dengan versi terbaikmu. Lalu bersyukur atas semua itu,” tulisnya lagi.

“Saya Harap Cerita Ini Tak Betul!” – Mawi Ulas Hubungan Rumah Tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah

Rakan kepada sutradara dan pelakon Syamsul Yusof, Mawi berharap agar kisah yang tular di media sosial mengenai keretakan rumah tangga pasangan sahabatnya itu tidak benar.

Kata Mawi, dia ada berhubung dengan Syamsul beberapa hari lalu namun tidak berbincang mengenai kisah peribadinya.

“Cerita ini saya tahu dari media dan Instagram.

“Beberapa hari lepas saya ada berhubung dengannya melalui voice note tapi tak ada bertanya apa-apa berkaitan dengan masalah peribadinya.

“Daripada perbualan pun semuanya okey dan dia tak ada menunjukkan sedang bermasalah.

“Saya harapkan cerita ini tak betul… Kita doakanlah,” katanya kepada Gempak.

Mawi ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Nurflix, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS) di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Rabu.

Terdahulu, isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah dilaporkan berada di pejabat agama dan enggan mengulas mengenai tindakannya itu.

Tinjauan di Instagram juga mendapati Syamsul dan Puteri Sarah sudah tidak mengikuti akaun masing-masing.

“Hal Peribadi, Harap Dapat Menghorm@ti” – Syamsul Yusof Enggan Buka Mulut

Setakat ini, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih menutup mulut, tidak mahu memberikan sebarang kenyataan perihal pergolakan rumah tangga kecuali meminta peminat mendoakan kebahagiaan mereka seperti yang dilaporkan Harian Metro.

“Terima kasih kerana ramai yang ambil berat dan menitipkan kata-kata semangat. Apa boleh dikatakan, saya okey bersama anak-anak. Saya bahagia bersama mereka.

“Doakan saja yang baik-baik. Saya berharap semua doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” katanya.

Kali terakhir mereka berkongsi foto bersama ketika sambutan Aidilfitri pada Mei lalu.

Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam pada 19 April 2017 dan Sumayyah pada 16 Mac 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Transformasi

Be the first to comment on "Mawi Tampil Ulas Hubungan Terkini Rumah Tangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*