“Baru-Baru Ini, Dia Telefon Dan…,” – Minta Doakan Kakak, Noorkumalasari Maklum Perkembangan Terkini Anita Sarawak

Bintang senior, Noorkumalasari telah diundang menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa pada Khamis lalu di saluran Astro Ria.

Menerusi program yang dihoskan oleh pengacara, Neelofa itu, aktres terkenal sekitar era tahun 80-an ini ada berkongsi kisah hidupnya bersama penonton.

Dalam pada itu, Noorkumalasari ada memberitahu kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat apabila ditanya Neelofa mengenai perkembangan Anita Sarawak.

“Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya.

“Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya.

“Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah.

“Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah jadi mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat.

“Tapi saya tak tahu mereka masih berpindah-randah dengan Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka,” jawab Noorkumalasari.

Terdahulu, penyanyi Anita Sarawak telah menghilangkan diri secara tiba-tiba dan semakin menyepii daripada industri hiiburan tanah air kira-kira 10 tahun yang lalu.

Gambar: Instagram Neelofa

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Baru-Baru Ini, Dia Telefon Dan…,” – Minta Doakan Kakak, Noorkumalasari Maklum Perkembangan Terkini Anita Sarawak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*