Baru Je MninggI Dnia Tadi, Terjawab Kisah Sebenar Wan Chik Dlm Filem Do Re Mi. Rupanya P. Ramlee Minta..

Industri hiburan tempatan sekali lagi kehilangan seorang seniwati hebat selepas pemergian pembaca berita popular RTM dan pelakon Wan Chik Daud, 80, meninggI dnia tengahari, hari ini.

Disahkan sendiri oleh anak lelakinya dikenali sebagai Shaizar atau Jat, Allahyrham Wan Chik telah lama menderiita kerana menghidap kans3r payvdara tahap empat.

Pemergian Wan Chik Daud hari ini genap 10 tahun selepas pemergian Allahyrham suaminya, M. Rajoli yang meninggI dnia pada 17 September 2010.

Wan Chik adalah isteri kedua kepada Allahyrham M. Rajoli, sementara isteri pertama bernama Hashimah Md Din.

INI BUKAN MILAH….INI MILO!

Wan Chik Daud atau nama sebenar Wan Chik Othman dilahirkan pada tahun 1940 di Alor Merah, Alor Setar, Kedah.

Pernah menjadi Ratu Kebaya semasa di Penang dulu sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Pembaca Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Nama Wan Chik Daud, digabungkan dengan nama bekas suami, Daud Hamzah.

Filem Do Re Mi keluaran Studio Merdeka ini merupakan filem pertama bagi Wan Chik Daud.

Beliau adalah selebriti kedua dari RTM yang diperkenalkan oleh P. Ramlee ke layar perak selepas Sharifah Hanim di dalam Masam-Masam Manis.

Filem ini juga adalah filem pertama yang menggandingkan kembali P.Ramlee dan A.R Tompel selepas kali terakhir bergandingan di dalam filem Aloha pada tahun 1950.

Filem Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi telah melonjakkan nama Wan Chik Daud antara pelakon wanita terawal berlakon dalam filem arahan P .Ramlee di Kuala Lumpur selepas Seniwati Mahyon Ismail sebagai heroin dan Seniwati Fazlyaton didalam Si Tora Harimau Jadian.

Rupanya skrip tak siap, P. Ramlee minta pelakon buat dialog spontan

Dalam filem Do Re Mi, Wan Chik memegang watak sebagai Milah, sementara filem Nasib Do Re Mi pula beliau membawa watak sebagai jururawat.

Antara diolog yang paling diingati dalam filem Nasib Do Re Mi yang membabitkan Wan Chik sendiri adalah apabila Allahyrham Ibrahim Din yang memegang watak sebagai Mi memanggil jururawat dengan nama Milah.

Kemudian Milah menjawab, “Ini bukan Milah, ini Milo..”

Itu antara dialog ikonik yang masih mampu membuatkan kita terhibur bila terkenangkan semula.

Fakta yang menarik mengenai filem Do Re Mi ini adalah skrip yang digunakan tidak siap sepenuhnya, P.Ramlee telah meminta para pelakonnya membuat dialog secara spontan.

Filem ini merupakan 2 filem pertama dan terakhir beliau berlakon dibawah arahan P.Ramlee.

Wan Chik Daud kemudian meneruskan kerjaya sebagai penyampai berita RTM.

Pernah muncul dalam drama bersama Karim Latiff, dalam Telemovie Menebus Maruah (1988) dimana Omara Hashim dan Yusof Hashim menjadi Penerbit serta pementasan Malam haram (1999) bersama Pelakon Khalid Salleh , arahan Rosminah Tahir.

Pernah berkahwin dengan pelakon terkenal, M. Rajoli pada tahun 1986 sehingga M. Rajoli menghmbuskan nfas terakhir pada 17 September 2010.

Pihak admin mendoakan semoga roh Allahyrham Wan Chik Daud ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. Aamiin..

Sumber: FB Repair Gambar Lama

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Baru Je MninggI Dnia Tadi, Terjawab Kisah Sebenar Wan Chik Dlm Filem Do Re Mi. Rupanya P. Ramlee Minta.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*