“Dah Lama Berkenan, Tapi Tak Mampu”- Ayah Sebak Anak Hadiahkan Seutas Jam Tangan Idaman.

Sudah tentu, tidak terbalas jasa mereka buat kita. Daripada kecil hinggalah besar, mereka banyak berk0rban masa dan tenaga demi membesarkan kita dalam keadaan yang selesa. Jadi, apa salahnya sekali sekala berikan sesuatu buat mereka.

Sama seperti video yang tul4r di TikTok ini apabila seorang ayah menangis selepas menerima jam tangan kegemaran daripada anak-anaknya telah mencur1 tumpuan ramai.

Selalu tengok kedai jam tangan, tapi tak mampu nak beli

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa seorang ayah menerima kejutan daripada anak-anaknya di rumah mereka.

Difahamkan, si ayah selalu ke sebuah kedai jam untuk melihatnya kerana tidak mampu untuk membeli. Perkara itu membuatkan mereka adik-beradik berpakat untuk menghadiahkan jam tangan tersebut kepada ayah mereka.

Sebaik saja membuka kotak jam berkenaan, si ayah mula merasa sebak dan menangis kerana tidak menyangka dapat memakai jam yang diingininya.

VIDEO PENUH:

“Terima kasih sebab bahagiakan abah hampa, aku yang tengok ni pun bahagia” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa sedih melihat video tersebut. Malah, ramai yang memuji tindakan mereka itu.

Sumber: Seismik

Be the first to comment on "“Dah Lama Berkenan, Tapi Tak Mampu”- Ayah Sebak Anak Hadiahkan Seutas Jam Tangan Idaman."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*