Intan Saleh Tersenyum Bahagia Saat Suami Baring Di Riba Raih Perhatian Ramai

Selepas kembali bergelar isteri bulan lalu, usahawan selebriti Intan Liana Saleh sentiasa menjadi tumpuan warganet dalam menjalani kehidupan rumah tangga bersama suaminya Mohd Aizam Yahya.

Mana tidaknya, wanita berusia 35 tahun itu melalui episod kegagalan rumah tangga yang penuh duka sehingga mencetuskan kontroversi sekitar empat tahun lalu.

Menerusi perkongsian terbaharu di aplikasi TikTok, dia memuat naik video ‘sweet’ bersama suaminya yang berusia 25 tahun itu bersama anak-anaknya iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5.

@intanroxssaleh

Daddy pasrah😂😂 .. selamanya InsyaAllah..good night 💚

♬ original sound – intanroxssaleh

Rakaman berdurasi 30 saat itu memaparkan Intan dilihat tersenyum bahagia apabila suaminya meletakkan kepala di atas riba selepas solat sebelum ‘diganggu’ oleh kedua-dua anaknya sekali gus berpelukan antara satu sama lain.

“Daddy pasrah. Selamanya InsyaAllah, selamat malam,” tulisnya yang mesra dipanggil sebagai Bonda, semalam.

Video berkenaan meraih 612,000 tontonan selain hampir 2,800 komen netizen yang rata-rata tumpang gembira melihat usahawan itu kini menemui kebahagiaan yang dicari selama ini.

@intanroxssaleh Kau membuatku bahagiaDi saat hati ini terlukaKau membuatku tertawaDi saat hati ini terbawaTerbawa oleh cintamu untukkuUntuk kita.. #bungaxcinta ♬ original sound – intanroxssaleh

Selain itu, netizen juga tidak lupa menitipkan doa buat pasangan tersebut agar hubungan suami isteri kekal bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, Intan pernah berkahwin dengan pemuzik Ude pada 2013 sebelum berpisah talak satu pada 2018 selepas lelaki itu bernikah dengan pelakon Izreen Azminda pada 2017 pada sebuah majlis tertutup.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :TikTok @intanroxssaleh

 

 

Be the first to comment on "Intan Saleh Tersenyum Bahagia Saat Suami Baring Di Riba Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*