”Sweetnya”-Nynaa Harizal Datang Pejabat Suami Untuk Lunch Sekali, Dah Macam Dalam Drama Pula

Sebelum ini, pelakon, Nynaa Harizal telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dia dan suami pergi bercuti di Pulau Pinang. Menerusi rakaman tersebut, Nynaa dan Fahmi, kelihatan menaiki jet peribadi bersama seorang individu yang tidak dapat dikenalpasti siapa. Difahamkan, pasangan tersebut ke Pulau Pinang bagi tujuan makan nasi kandar.

Terbaru, Nynaa dilihat hadir di pejabat suaminya di ibu kota bagi menikmati makan tengah hari bersama-sama. Sweetnya!

Ada orang datang melawat saya

Menerusi Instagram, Fahmi memuat naik foto Nynaa sewaktu tiba di pejabat. Menurut Fahmi, isterinya itu datang untuk makan tengah hari bersama-sama. Namun, Fahmi sempat berseloroh dan menyatakan bahawa isterinya itu telah datang lewat dan mereka akan makan tengah hari pada pukul 2.55 petang.

Di Instagram Story yang seterusnya pula, Fahmi turut bergur4u dan memberi nasihat buat para suami di luar sana agar makan terlebih dahulu sekiranya mereka ada janji temu dengan isteri tercinta untuk makan bersama. Sebagai suami, Fahmi menghargai usaha Nynaa untuk datang dan makan bersama hari ini. Ucapan terima kasih buat isteri tercinta turut diluahkan menerusi Instagram Story tersebut.

Dilihat semakin bahagia

Terdahulu, Nynaa meluahkan rasa syukur kerana dapat kembali ke pangkuan suami selepas berlaku pergol4kan rumah tangga. Menurut Nynaa, Fahmi sangat bermakna dalam kehidupannya dan hanya aj4l yang dapat memisahkan mereka. Menerusi pemerhatian pihak kami! pasangan ini kelihatan sangat bahagia sebaik sahaja mereka kembali tinggal bersama. Nynaa dilihat kerap menemani Fahmi di beberapa buah majlis khas dan menyediakan sarapan pagi buat suaminya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Ohbulan

 

Be the first to comment on "”Sweetnya”-Nynaa Harizal Datang Pejabat Suami Untuk Lunch Sekali, Dah Macam Dalam Drama Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*