Rakyat Rusi4 Beratur Dapatkan Hidangan Ter4khir McDonald’s Sebelum Ditutvp Akib4t Pe,rang

Penggemar McDonald’s di Rusia telah bergegas ke premis makanan segera terdekat sehingga membentuk barisan panjang untuk satu hidangan terakhir sebelum jenama itu ditutup disebabkan per4ng yang terjadi di antara Rusia dan Ukraine.

Rakaman video yang disiarkan dalam talian oleh Ukraine Live News menunjukkan kereta berbaris di stesen pandu lalu, manakala, gambar di Twitter menunjukkan beberapa pelanggan terdesak berbaris di jalanan di tengah-tengah cuaca sejuk.

Gambar-gambar lain menunjukkan warga Rusia yang terdesak untuk menikmati McDonalds berbaris di sekeliling blok, menunggu di kawasan luar dalam suhu yang sangat sejuk untuk mendapatkan hidangan terakhir rantaian makanan segera tersebut.

Situasi ini terjadi selepas McDonald’s mengumumkan bahawa jenama itu akan menutup 850 restoran di negara itu sebagai protes terhadap per4ng di Ukraine.

Tindakan besar-besaran yang akan menyaksikan rakyat Rusia tidak lagi dapat memesan Big Mac dan kentang goreng dalam masa terdekat adalah salah satu sekatan antarabangsa terkini ke atas Rusia.

Restoran akan kekal ditutup sebagai langkah sementara tetapi masih belum diketahui bila McDonalds akan kembali beroperasi di sana.

sumber: thevocket via https://sinarnasional.com/

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Rakyat Rusi4 Beratur Dapatkan Hidangan Ter4khir McDonald’s Sebelum Ditutvp Akib4t Pe,rang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*