Nak Cegah Suami Dari Berzin4, Wanita Akur Benar & Uruskan Suami Kahwin Lain

Seorang wanita dilaporkan tular selepas membantu urusan pernikahan antara suaminya dan isteri kedua, lapor Tribun News.

Video yang memaparkan ketabahan wanita itu dimuatnaik di dalam TikTok.

Dalam video tersebut, suami kepada wanita itu dikatakan meminta izin untuk berkahwin lagi.

Kemudian wanita itu bertemu dengan bakal madunya dan sanggup membantu menguruskan surat poligami di mahkamah.

Malah, dia juga dipercayai menguruskan hantaran untuk majlis perkahwinan suaminya itu.

Di penghujung video, wanita itu dan isteri kedua turut dilihat bergambar bersama.

Ketika ditanya mengapa dia mengizinkan suaminya berkahwin lagi, wanita itu mendakwa bahawa suaminya pernah menjalinkan hubungan sulit dengan madunya pada 2019.

Dakwanya lagi, suaminya itu telah memutuskan hubungan dengan madunya itu ketika ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit.

“Pada 2019, suami saya menjalinkan hubungan sulit dengannya, selepas tertangkap suami saya terus putuskan hubungan dengannya tidak sampai setahun,” kata wanita itu.

Bagaimanapun, pada awal 2021, dia berkata suaminya kembali menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut ketika dia sedang sarat mengandung.

“Selama dia cur4ng, rumah tangga saya baik-baik saja, tidak ada apa-apa masalah pun, suami saya sangat baik dan tidak ada perkara yang aneh terjadi,” katanya.

Kemudian, apabila dia melahirkan anak, dia mengambil inisiatif untuk mengetahui mengenai perkara tersebut.

Tambahan pula, dia dan suaminya bergaduh besar sehingga tidak pulang ke rumah.

“Suatu hari saya bergaduh besar dengan suami kerana tidak pulang, dari situ saya sudah letih kerana terpaksa bergaduh,” katanya.

Disebabkan itu, dia meminta ibu bapa mertuanya membenarkan suaminya berkahwin lagi. Bagaimanapun, mereka tidak mengizinkan.

Tetap teguh dengan pendiriannya, wanita itu berkata mereka harus mengizinkan anak lelaki mereka berkahwin agar dia tidak terjerumus melakukan perbuatan zina.

“Mereka tidak benarkan, tetapi saya tetap bertegas. Daripada berzina, lebih baik suami saya berkahwin,” katanya.

Tambahnya, madunya juga mempunyai sifat yang baik dan sentiasa menuruti kata-katanya serta suaminya.

“Dia seorang yang baik, sentiasa melakukan apa yang suami atau saya katakan. Dia sedar isteri kedua sememangnya perlu begitu,” katanya.

Setakat hari ini, video tersebut telah ditonton sebanyak 8.8 juta kali dan disukai oleh lebih 466 ribu pengguna TikTok.

Sumber: Tribun News via https://siakapkeli.my/

Perhatian! Pihak news.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page news.kini Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Nak Cegah Suami Dari Berzin4, Wanita Akur Benar & Uruskan Suami Kahwin Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*