Subahannallah, Inilah Kemuliaan Sandal Rasulullah S.A.W

Para Ulama menukilkan dalam beberapa buah kitab berkenaan sepatu atau sandal rosulullaah Saw. Apa hebatnya sandal rosulullaah ini ?..

Sehingga tertulis dalam beberapa kitab ?.. Dimana istimewanya sandal ini ?.. Ketika Anas ditanya tentang sandal beliau, “Bagaimanakah sandal rosulullaah Saw itu ?”..

Anas RA menjawab : “kedua belahnya mempunyai tali qibal (tali sendal yang bersatu pada bagian mukanya dan terjepit diantara dua jari kaki). Kedudukan rosulullaah Saw begitu tinggi,

sehingga apapun yg berkenaan dengannya memiliki derajat khusus disisi Allah SWT.

Dinukilkan daripada Al Qur’an :

Nabi Musa Kalamullah sering kali bermunajat di bukit Tursina. Nabi Musa diberi mukjizat berbicara secara langsung dengan Allah. Namun ketika nabi Musa sebelum masuk ke tempat kholwah, menghadap Allah dibukit Tursina,

maka saat itu diperintahkan kepada nabi Musa : “Lepas kedua sandalmu wahai Musa, kau berada di lembah yg suci” (Q.S Thohaa 12)

Berbeda dengan sandalnya rosulullaah Saw, Sandal yg terukir gambarnya seperti dibawah ini, pernah naik ke atas, ke Sidratul Muntaha. Ketika rosulullaah akan membuka sendalnya,

maka malaikat Jibril melarangnya. Ini menjadi Dalil, bahwasanya segala yg berkaitan dengan rosulullah itu Mulia dan tidak Hina sama sekali.

Maka berkata para Penyair dalam Syairnya : “Manakah yang lebih Mulia, apakah Jibril AS atau Sandal Rosulullah SAW ?” Jibril AS tidak bisa naik ke Hadratullah,

tapi sendalnya rosulullah naik ke Hadratullah. Jibril tentu lebih Mulia daripada sendal, sendal hanya terbuat dari kulit kambing. Tapi karena sendal itu terikat dengan kaki rosulullah maka sendal itu jadi Mulia.

Allah tidak perintahkan semua yg bersama Rosulullah untuk berpisah, bahkan sendalnya pun tidak diperintahkan untuk dibuka. Ini menunjukkan,

lebih lagi hatinya yg terikat Cinta pada nabi Muhammad Saw. Diriwayatkan dalam Sohih Bukhori, rosulullaah berjumpa dengan Allah. Dan Allah berfirman :

“SAAT ITU SANGAT DEKAT DIA DENGAN ALLAH SWT” (Q.S An-Najm 8-9)

Kalau sandal nabi saja jadi mulia karena terikat dengan kunjungan nabi Muhammad, apalagi dengan hati kaum orang yg beriman yg senantiasa merindu dan Mencintai nabi Muhammad Saw 😭❤️

Isu Khilaf

1. Barang peninggalan Nabi

Kita tidak menafikan, bahkan kita sangat mengakui bahawa barang-barang peninggalan Nabi Muhammad s.a.w mempunyai kemuliaan dan keberkatannya.

Hal ini termasuklah seperti capal nabi, baju besi yang dipakai baginda semasa p3rang, jubah nabi, helaian rambut dan janggut nabi, p3dang yang dihayun baginda dan pelbagai peninggalan yang lain.

Dalam sahih bukhari terdapat pelbagai riwayat yang mengatakan bahawa para sahabat bertabarruk dengan baginda Nabi s.a.w seperti:

Para sahabat berebut-rebut menadah air wuduk yang jatuh dari anggota tubuh Rasulullah ﷺ, untuk mendapat keberkatan baginda.

Rasulullah ﷺ sendiri apabila mencukur rambutnya ketika Haji Wada’, baginda memberi rambut itu pada seorang sahabat, dan baginda menerintahkannya agar diagih-agihkan kepada sahabat lain.

Anas bin Malik menyimpan peluh Nabi ﷺ di dalam botol minyak wangi dan menyimpan rambut baginda. Beliau meminta untuk ditanamkan bersama peluh dan rambut baginda ketika m4tinya.

Tetapi harus diingat, yang dibolehkan adalah barang yang tulen sahaja yang sabit dan terbukti benda itu datang dari Nabi Muhammad s.a.w. Namun,

para ulama telah sepakat menyebut pada zaman ini barang peninggalan baginda adalah sukar untuk dibuktikan kesahihannya. Selain itu,

yang dibolehkan juga adalah barang fizikal itu sendiri, bukannya lukisan, lakaran, gambaran, ukiran atau apa-apa sahaja bentuk yang lain.

Masalah yang berlaku pada hari ini, sesetengah individu mendakwa barangan yang mereka letakkan di muzium dan pameran artifak adalah barangan asli milik nabi. Bagaimana untuk kita memastikan benda itu kepunyaan Nabi? Jawapannya tiada cara.

Peninggalan artifak bukanlah seperti ilmu hadis yang mana disiplin ilmunya telah disusun oleh ribuan ulama selama ribuan tahun. Oleh itu mudah untuk kita ketahui yang mana hadis sahih,

dan yang mana hadis p4lsu. Tetapi berlainan dengan barang peninggalan nabi, sangat sukar untuk kita buktikan kesahihannya.

Kebanyakan yang ada pada hari ini hanyalah replika. Walau bagaimanapun, penulis tidak menafikan wujudnya barang asli kepunyaan nabi yang masih dijaga rapi hingga sekarang.

Namun sekiranya ada, penulis pasti benda itu tidak akan senang-senang dibawa ke merata-rata tempat sebagai pameran seperti yang berlaku pada hari ini.

2. Capal Nabi

Telah dijelaskan di atas, hukum bertabarruk dengan capal nabi yang sebenar adalah dibolehkan. Akan tetapi, yang menjadi isu sekarang adalah logonya.

Bukan fizikal capal tersebut. Pertama sekali penulis ingin menimbulkan satu persoalan, adakah benar nabi memakai capal seperti design logo terbabit? Mana kita tahu?

Perkara ini adalah khil4f. Mereka yang membenarkan logo tersebut mestilah membuktikannya. Terdapat beberapa ulama yang cuba melakar bentuk capal nabi berdasarkan hadis-hadis tentang capal baginda.

Seperti Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam kitabnya “Jawahirul Bihar”, Maulana Asyraf Ali Thanwi dalam “Zadus Sa`id” dan Imam Ibnu ‘Asakir dalam kitabnya “Timtsalu Na’l an-Nabiy” dan pelbagai lagi.

Namun harus diketahui, Nabi tidak memakai capal itu sahaja dalam hayat beliau, baginda juga memakai khuf (kasut kulit) dan kasut pergi berp3rang.

Hukum

Penulis ingin memetik jawapan daripada Mufti Negeri Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin, bersama petikan berikut: “.. Para ulama semasa telah membuat,

kaijian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih.

Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dil4rang.

Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan t4ngkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat.

Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berh4la atas alasan mengambil keberkatan.

Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah,

pokok kurma, pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan.” Kesimpulannya, sekiranya seseorang itu memakai logo capal dengan sekadar niat menyukai design tersebut, ataupun memang topi itu sahaja yang dia ada, hal ini adalah dibolehkan.

Tetapi sekiranya dia memakai dengan kepercayaan bahawa dia mendapat keberkatan ataupun Allah akan lebih menjaga dan mendengar doanya, perkara ini adalah dil4rang. Hal ini seumpama kita memakai t4ngkal untuk menjaga diri daripada musibah.

Pendekatan

Penulis tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana logo atau design yang mendakwa pemakainya boleh mendekatkan diri kepada Allah dan rasulnya.

Tetapi yang ditegaskan disini adalah kepercayaan tertentu ke atas barangan terbabit. Inikan pula sebuah logo yang sudah tentu jauh sekali daripada apa sahaja kelebihan yang mereka dakwa.

Memetik kata Dato’ Dr Abdul Basit Abdul Rahman, seorang ulama terkemuka di Malaysia, ketika mengulas isi ini beliau mengatakan: “Kita boleh bertabarruk dengan pelbagai ilmu dan ajaran baginda. Dari segi sunnah,

adab, akhlak, adat-adat, kesemuanya tersimpan rapi dalam kitab-kitab hadis, jadi mengapa kita perlu cari gambar-gambar selipar untuk mengatakan dia cinta kepada nabi?

Cinta nabi bukan dengan gambar selipar, tetapi dengan mengikut apa yang telah diajar oleh baginda nabi yang mulia sahaja.”

Sebagai kesimpulan, penulis ingin mengajak para pembaca untuk lebih mengutamakan pemakaian sunnah. Pakaian sunnah iaitu pakaian yang bersesuaian mengikut iklim dan keadaan di sesuatu tempat. Sebagai contoh,

kopiah adalah sinonim dengan adat masyarakat kita apabila bersolat di masjid. Itu adalah sunnah. Namun tidaklah menjadikan kopiah capal lebih mulia ataupun pemakainya mendapat pahala extra berbanding kopiah yang lain.

Apa-apa sahaja pakaian yang menutup aurat dan tidak dipandang pelik oleh orang yang melihat adalah sunnah.

Kesimpulan

Isi penting yang mesti difahami daripada artikel ini adalah, Kelebihan sesuatu mesti berasaskan dalil dan bukti daripada Allah dan Rasul.

Barang kepunyaan rasul mempunyai kelebihan. Kita boleh bertabarruk dengan barangan peninggalan baginda Nabi s.a.w

Agama sering dieksploit sebagai bahan komersial oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembeli hendaklah bijak supaya tidak termakan umpan para peniaga yang menju4l nama nabi dan selalu,

membuat dakwaan p4lsu seperti “kismis jampi”, “air penawar” , “bekam sunnah” dan sebagainya. Pemakaian logo capal adalah dibolehkan. Namun apabila dianggap sebagai “perantaraan” dan alat “keberkatan” perkara itu dil4rang dan ditegah dalam agama.

Sumber: akumuslim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page NewsKini Ya.

PERHATIAN: Pihak NewsKini tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Subahannallah, Inilah Kemuliaan Sandal Rasulullah S.A.W"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*