Ditvduh Zal1m Tak Benarkan Bek4s Isteri Jumpa Anak, Along Cham Ded4h Cerita Sebenar – “Ada Yang Tak Ikut Ke$ Percer4ian Kami”

Baru-baru ini, pelawak Along Cham menerima kec4man netizen kerana did4kwa melarang bekas isterinya, Zila Seeron bertemu dengan anak tunggal mereka, Ahmad Danial.

Dianggap sebagai perbuatan yang zal1m, Along mend3dahkan yang Zila sebenarnya tidak dibenarkan untuk membawa keluar Danial atau tidur di rumah kerana mengikut perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Along yang masih mengunci mulut tentang punca sebenar percer4ian mereka berkata, dia masih lagi berlembut jika mahu dibandingkan dengan lelaki lain yang melarang b3kas isteri yang nu$yuz untuk terus bertemu dengan anak.

“Saya terima mesej daripada netizen di media sosial yang berkata kononnya mereka dapat maklumat yang saya tak benarkan Zila untuk datang jenguk anak dan bawa keluar daripada rumah.

“Ada yang mungkin tak faham dengan situasi sebenar, atau tidak mengikuti kes perc3raian kami. Hal ini kerana, dalam perintah mahkamah, dia memang hanya dibenarkan untuk melawat anak. Yang ikut k3s kami mesti faham, yang baru saja follow, mesti kata saya z4lim,” katanya.

Dalam pada itu, Along menambah, dia tidak pernah melarang bekas isteri untuk menjenguk anak dan mengakui pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk Zila.

“Memang saya tidak pernah cerita punca kami berc3rai tapi saya tak pernah lar4ng untuk dia datang jenguk anak. Tentang penjagaan, saya berpendapat ramai yang faham tentang hukum nu$yuz.

“Saya ni kira masih berlembut hati. Ada setengah lelaki tak bagi langsung bertemu dengan anak,” katanya lagi.

Menyambung bicara, Along turut mendedahkan yang kali terakhir Zila bertemu dengan anak mereka adalah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada awal tahun 2020.

“Mungkin juga dia ada alasan tersendiri kenapa dia tak datang tengok anak. Tapi mereka berdua ada berhubung menerusi telefon.

“Selain itu, saya pun dapat berita yang dia pun sudah mendirikan rumah tangga. Agaknya dia sibuk dengan tanggungjawab baharu. Saya nak marah pun tak boleh, dan takkan nak paksa dia datang tengok anak,” katanya lagi.

Along mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) itu pada 23 Januari 2010 dan mempunyai seorang anak (Ahmad Danial).

Bagaimanapun, pasangan ini berc3rai talak satu pada 29 Ogos 2016.

 

sumber: Gempak

Be the first to comment on "Ditvduh Zal1m Tak Benarkan Bek4s Isteri Jumpa Anak, Along Cham Ded4h Cerita Sebenar – “Ada Yang Tak Ikut Ke$ Percer4ian Kami”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*