‘Ingatkan Kereta Sebenar’ – Myvi Versi Blok Binaan Raih Perhatian Ramai

Bukan sahaja kanak-kanak, bahkan golongan dewasa juga pasti tidak akan men0lak sekiranya diberi permainan blok binaan atau bricks kerana ia membentuk kreativiti dalam menghasilkan sesuatu berdasarkan reka bentuk hasil imaginasi.

Perkongsian oleh seorang pengguna TikTok ini menarik perhatian orang ramai apabila memaparkan video sebuah kereta Myvi yang dihasilkan menggunakan permainan blok binaan.

Menerusi rakaman video itu, dapat dilihat sebuah kereta Myvi berwarna kuning sedang ditolak beberapa individu untuk ke suatu tempat.

Apabila Myvi berkenaan dirakam secara dekat, rupanya kereta yang diberi julukan ‘King of the road’ itu bukanlah kereta sebenar tetapi ia dihasilkan daripada blok binaan!

Myvi LEGO

‘Hasil tangan anak Malaysia’

Memetik sumber Motoqar, model Myvi bricks bersaiz sebenar itu dibangunkan oleh Bryks.Art dengan menggunakan sebanyak 1.27 juta blok.

Difahamkan, seramai 15 individu yang terlibat untuk memasang model MyBi Extreme 1.5 berwarna kuning dan ia mengambil masa selama dua bulan.

Lebih mengujakan apabila dilihat kemasannya amat sempurna dengan Myvi asli.

Myvi LEGO

“Ingat kereta sungguh, bila baca.”

“Myvi ni macam lagi mahal je.”

“Elok detail betul diorang buat ni. Respect to the team.”

@znspantas

Kalau Nak beli myvi mahal sgt,korang buat je guna lego #fypシ #abanglori #thetransporter #znspantastransport #yellowtruck #budoktebing #anokpahang

♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

Jika anda ingin melihat dengan lebih dekat model berkenaan, bolehlah mengunjungi Publika yang mana pameran berlangsung sehingga 29 Mei ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: ROTIKAYA

Be the first to comment on "‘Ingatkan Kereta Sebenar’ – Myvi Versi Blok Binaan Raih Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*