Remaja Perempvan Hil4ng Lepas Hantar Baju Kepada Rakan

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan h1lang setelah dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Tanjong Besar, Kuala Kenong, Kuala Lipis pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata, Siti Norfatimah Md Idin dipercayai keluar dari rumahnya pada pukul 9 pagi 25 Mei untuk menghantar baju kepada rakan di stesen kereta api Batu 9.

Dia kemudiannya tidak pulang ke rumah sehingga kini.

Menurut Azli, remaja berkenaan dipercayai dilihat kali terakhir oleh bapa saudaranya bernama Ahmad Man yang tinggal berdekatan rumah m4ngsa.

“Menerusi advan yang kita terima, m4ngsa telah dihantar oleh bapa saudaranya itu ke stesen kereta api Batu 9 kerana hendak menghantar baju kepada rakannya.

“Setelah tiba di stesen kereta api itu, Siti Norfatimah meminta Ahmad pulang dahulu ke rumah sambil memberitahu, bapanya akan datang menjemputnya kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Azli berkata, berikutan anaknya tidak pulang ke rumah menjelang malam, bapa remaja terbabit, Md Idin Man, seorang penoreh getah, bertindak membuat lap0ran polis semalam.

“Menyedari Siti Norfatimah tidak pulang menjelang malam, bapanya mula mencari di merata tempat dengan bantuan penduduk Kuala Kenong, termasuk bertanyakan kepada rakannya.

“Kemudian, setelah usaha mencari g4gal, bapanya membuat advan polis. Kes diklasifikasi sebagai orang hilang. Polis telah membuka kertas siasatan untuk menjejaki remaja tersebut,” ujarnya.

Orang ramai yang melihat atau menemui remaja perempuan itu diminta menyalurkan maklumat ke IPD Lipis menerusi talian 09 3122222 (Inspektor Muhammad Faiz Arif Pauzi) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: MYYKMU

Be the first to comment on "Remaja Perempvan Hil4ng Lepas Hantar Baju Kepada Rakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*