Peminat lar4ng kahw1n, Anuar Zain tak balas mesej di IG demi jaga hati

JARANG membaca ‘direct message’ atau DM di laman Instagram, penyanyi Anuar Zain memberitahu dia tetap bersyukur kerana ramai peminat yang tidak henti-henti memberi mesej positif.

Bukan sahaja mesej sokongan, Anuar atau nama sebenar Shahrul Anuar Zain turut mend3dahkan ada peminat yang menawarkan diri mahu menjadi isterinya termasuklah mel4rangnya berk4hwin.

Penyanyi berusia 52 tahun ini bagaimanapun berkata dia memilih untuk tidak membalas demi menjaga hati peminatnya itu.

Anuar Zain

Anuar hanya balas mesej yang sesuai saja.

“Saya pun tak tahu… sebab tak periksa pun DM sangat. Tapi Alhamdulillah, kalau ada pun kebanyakkan peminat bagi banyak mesej positif dan selalu doa baik-baik.

“Tak ada sesiapa yang meng4rut. Yang biasa mesej saya di DM adalah mereka yang pernah tag dan saya repost… mereka ini semua positif saja.

“Mungkin ada la juga begitu (tawar diri) tapi mereka peminat kita, jadi tak nak la k3cilkan hati mereka. Mana yang boleh saya balas, saya akan balas.

“Bukan senang orang nak suka kita.”

ANUAR ZAIN

PENYANYI

“Tapi kalau ada yang saya rasa berat atau tidak sesuai, saya tak balas. Ada juga segelintir yang tak bagi saya k4hwin,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Sedetik Lebih itu ditemui ketika sidang media konsert The Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 baru-baru ini.

Tiket konsert anjuran Trumpet International Sdn Bhd yang akan diadakan pada 6 Ogos depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sudah habis terjual dalam tempoh tiga hari saja.

Anuar Zain

Konsert Anuar dan Ziana akan diadakan pada 6 Ogos depan.

Dalam pada itu, Anuar tidak henti bersyukur apabila sentiasa dikelilingi penyokong yang positif malah menyifatkan ia rahmat terbesar apabila masih disayangi peminat sehingga saat ini.

“Itu rahmat juga bila orang sayang kita. Bukan senang orang nak suka kita. Kadang-kadang, tengok muka kita pun orang boleh benci kan.

“Untuk orang suka itu, bukan mudah ya. Bukan senang orang sayang kita kerana pada masa sama, ada juga yang membenci kita padahal kita tak buat apa-apa pun,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: mStar

Be the first to comment on "Peminat lar4ng kahw1n, Anuar Zain tak balas mesej di IG demi jaga hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*