Keadaan Ako Mustapha ketika itu kritik4l dan doktor ibaratkan dia seperti ‘nyaw4-nyaw4 ikan

Ako Mustapha, 51, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat darah kotor sejak tujuh hari lalu dibenarkan pulang.

Isterinya, Kartina Shuaib ketika dihubungi berkata, Ako kini berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa.

Foto: IG

“Alhamdulillah, selepas doktor melakukan pemeriksaan akhir, Ako dibenarkan pulang sekitar jam 7 malam,” katanya kepada Harian Metro.

Menceritakan detik cemas ketika Ako dikejarkan ke HKL pada 4 Ogos lalu, Kartina berkata, keadaan suaminya ketika itu kritikal dan doktor ibaratkan dia seperti ‘nyawa-nyawa ikan’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AkoMustaphaofficial_Tina (@akomustapha)

Kartina bersyukur dapat membawa Ako segera ke hospital ketika itu.

“Selepas melihat keadaannya yang teruk, saya memang bercadang nak bawa dia ke hospital. Tak sangka pula selepas saya beri dia minum air dan sup, tiba-tiba dia muntah dan wajahnya mula senget.

“Saya terus hubungi ambulans dan Ako dibawa ke HKL. Bila sampai sana, Ako dimasukkan ke zon merah. Doktor juga maklumkan mujur saya bertindak cepat kerana ketika itu nyawanya sudah ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AkoMustaphaofficial_Tina (@akomustapha)

Menurut Kartina, ketika dibawa ke hospital, doktor masih belum dapat mengesan punca penyakitnya.

Namun, laporan ujian darah mendapati dia mengalami darah kotor atau toksik dalam badan sehingga tahap oksigennya menurun ke 40 peratus serta mengakibatkan gangguan pada saraf dan otot.

“Alhamdulillah, sekarang dia sudah boleh bercakap, berjalan dan makan seperti biasa. Doakan semoga Ako diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AkoMustaphaofficial_Tina (@akomustapha)

Kartina berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada doktor di HKL kerana dapat mengesan penyakit suaminya dengan pantas.

“Selepas diberi rawatan kecemasan, dia sudah boleh buka mata dan bercakap,” katanya.

 

Sumber: hm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:www.dnq.pw/

 

Be the first to comment on "Keadaan Ako Mustapha ketika itu kritik4l dan doktor ibaratkan dia seperti ‘nyaw4-nyaw4 ikan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*