Hilang kerja, bisnes dan ibu! Bekas pramugara naik Kancil buruk bawa 4 ekor kucing untuk mulakan hidup baharu di KL

DUGAAN demi dugaan terpaksa ditempuh lelaki ini dalam usahanya mencari kesenangan hidup.

Bermula dengan mencari rezeki sebagai kru kabin selama 10 tahun bersama syarikat penerbangan AirAsia, Mohd Aizamuddin Zakry Baharom, 35, diberhentikan kerja pada Jun 2020 disebabkan wabak Covid-19.

Bukan itu sahaja, menurutnya yang senang disapa Zam, bisnes menjual barangan kraftangan dari Bali, Indonesia yang dijalankan untuk mencari pendapatan sampingan juga mengalami kerugian sekitar RM100,000.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sambil saya bekerja sebagai pramugara, saya suka beli barang dari negara asing yang susah didapati di Malaysia untuk dijual balik. Saya memang ada syarikat untuk bisnes ni yang mana saya juga menjadi pembekal barangan kraf untuk negara Jepun.

“Tapi disebabkan Covid-19, perniagaan saya tak jalan. Nak hantar barang ke Jepun pun kos penghantaran jadi mahal. Jadi bermula dari situlah saya alami kerugian besar dan pada masa sama hilang pekerjaan,” ujar Zam ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi pramugara selepas lihat iklan lopong dalam surat khabar, berjodoh pula dengan kru kabin… kini anak warisi kerjaya bapa!

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugara 2 tahun tak balik ‘over confident’ tenang jumpa keluarga, realitinya baru nampak muka mak dah berjurai air mata… adik buat ‘drama’ bertambah sedih

ADVERTISING

backup banner

Menurut Zam, setelah tiada sebarang sumber pendapatan, dia menjual ayam bakar di tepi jalan kawasan Subang Jaya, Selangor untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Malah, dia turut menjual daging dan kambing bakar sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Pada masa sama, Zam membuka sebuah kedai makan yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Zam sebelum ini menjual kraftangan dibeli dari Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi dirinya apabila kejadian banjir pada Disember 2021 menenggelamkan dan merosakkan segala produk jualannya.

“Bayangkan saya hilang kerja, berniaga tepi jalan tak boleh sebab Covid-19, buat makanan frozen pula habis rosak produk sebab banjir dan macam-macam lagi dugaan saya tempuh.

“Saya cuba minta bantuan untuk pulihkan balik bisnes tapi tak terima sebarang pertolongan. Mungkin sebab waktu tu saya pun baru mula berniaga tak sampai setahun.

“Sampai bulan puasa tahun ni pun saya masih bergelut untuk berniaga akibat banjir hari tu. Saya usahakan buat recovery (pemulihan) tapi tetap gagal,” katanya.

Zam terpaksa menjual barangan miliknya secara lelong.

Kerugian besar buat kali kedua yang perlu ditanggung membuatkan Zam terpaksa menjual segala aset dan harta bendanya.

Imbas Zam, selepas apa yang berlaku dia pulang ke kampung halaman di Muadzam Shah, Pahang untuk tinggal bersama ibunya bagi mencari idea untuk memulihkan kehidupannya.

Tanpa diduga, anak bongsu daripada lima beradik ini sekali lagi diuji apabila ibunya pula meninggal dunia pada 19 Julai 2022, hanya seminggu selepas dia pulang ke kampung .

“Kononnya saya balik kampung untuk pulihkan semangat. Tak sangka pula ibu meninggal lepas seminggu saya berada di sana.

Saya bawa RM100 saja itu pun duit pinjam daripada abang pergi ke Kuala Lumpur.
MOHD AIZAMUDDIN
“Saya tak boleh terima keadaan tu, ia berlaku dengan sangat pantas. Saya betul-betul rasa dah tak ada harapan nak pulih… hutang pun banyak. Saya hanya tinggal sehelai sepinggang saja waktu tu,” luah Zam.

Sebagaimana dikongsikan di TikTok, Zam kemudian diajak untuk menjadi rakan bisnes kedai makan cawangan ketiga yang bakal dibuka.

Walaupun tidak memiliki sebarang harta atau simpanan ketika itu, dia menerima pelawaan rakannya itu membuka restoran sebagai permulaan untuk dia bangkit semula.

Perniagaan sejuk beku pernah diusahakan oleh Zam.

“Lepas kematian ibu, saya memang dah putus harapan nak teruskan hidup. Walaupun ibu baru meninggal, tapi orang tetap cari saya nak kutip hutang. Saya alami tekanan perasaan dahsyat waktu tu. Mereka tak peduli pun saya tengah bersedih.

“Bila kawan ajak buat bisnes sama-sama, saya setuju saja. Saya bawa RM100 saja, itu pun duit pinjam daripada abang pergi ke Kuala Lumpur. Saya naik kereta kancil yang usang bersama kucing-kucing saya. Rumah sewa pun ‘koboi’ saja tak survey dulu sebelum menyewa.

Zam dan rakannya membuka restoran Puts & Pots di Damansara Damai, Selangor.

“Sekarang ni saya dah mula buka restoran tu di Bukit Damasara, Selangor. Saya jual pastries dan masakan panas. Setakat ni dah dua bulan saya buka dan Alhamdulillah jualan semua okay.

“Saya nasihatkan kepada semua yang sedang diuji, kita kena tahu dugaan tu datangnya dari Allah jadi kita kena reda. Jangan mudah putus asa. Bersedih tu boleh cuma carilah jalan untuk bangun semula,” kata Zam lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber:  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Hilang kerja, bisnes dan ibu! Bekas pramugara naik Kancil buruk bawa 4 ekor kucing untuk mulakan hidup baharu di KL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*