“Ciri2 Lelaki Idaman Saya” Siapa Sebenarnya ‘Buah Hati’ Pelakon Jelita Nasha Aziz?

 

KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Nasha Aziz, 51, mengesahkan lelaki yang menghantar jambangan bunga setiap hari seperti tular dalam video adalah insan sangat istimewa dalam hidupnya.

Sambil tersipu malu, Nasha bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang dikenalinya sejak sembilan bulan lalu.

“Insya-Allah, si dia mungkin menepati ciri-ciri lelaki idaman saya, tetapi kami baru kenal sembilan bulan. Jadi, kena kenal dahulu dan nak rapat pun susah juga.

“Simbolik pemberian bunga ini mungkin juga mahu saya selalu mengingatinya. Saya jenis orang yang bila melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati dan fokus perkara menjadi tanggungjawab.

“Mungkin sikap inilah agaknya si dia memberikan saya bunga, setiap hari,” katanya kepada BH Online.

Nasha ditemui pada sidang media pelancaran filem Talbis Iblis di Panggung Asia, Gombak, hari ini.

Nasha mendambakan pengakhiran yang baik dalam perhubungan cinta dengan lelaki yang dikenali sejak sembilan bulan lalu. – NSTP/Fariz Iswadi Ismail

Mengulas apakah kini dilamun cinta, bintang filem Laila Isabella ini mengakui, cinta selalu ada dalam hatinya.

“Saya memang dilamun cinta, setiap hari. Saya juga mencari cinta setiap waktu.

“Cinta ini bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita sahaja, tetapi kita semua.” ujarnya.

Ditanya perancangan dan hala tuju hubungan, Nasha mendambakan pengakhiran yang baik.

“Bila rezeki Allah beri, saya juga nak tahu ke mana arah tuju hubungan. Insya-Allah, mestilah ke arah baik,” katanya.

Filem Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia akan ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober depan.

Selain Nasha memegang watak Junaidah, filem itu turut dibintangi Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Sherie Merlis, Jay Iswazir, Daniella Sya, Amir Nafis dan Izzy Reef.

Sumber/ Kredit : Berita Harian via https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ciri2 Lelaki Idaman Saya” Siapa Sebenarnya ‘Buah Hati’ Pelakon Jelita Nasha Aziz?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*