Guna tulang rusuk sendiri ganti silikon, kos pembedαhan hidung Lana Nodin RM166,000

PELAKON Lana Nodin sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM166,000 bagi menjalani pembedα han di bahagian hidungnya di Korea Selatan baru-baru ini.

Lana aau Mazlina Hasan Nordin, 44, berkata, kos berkenaan mahal memandangkan dia menggunakan bahagian tulang rusuknya bagi menggantikan silikon atau plastik yang bersifat kekal.

“Kos keseluruhan kira-kira RM166,000… kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tiada darah yang terkeluar daripada hidung.

“Kenapa tulang rusuk? Sebab saya tak mahu berulang kali buat. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami saya tak perlu nak buka an buang plastik sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira kekal,” katanya.

lana nordin 1

Ini kali keempat Lana melakukan pembedα han hidung.

Lana berkongsi mengenai pengalaman pembedα han berkenaan menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Lana menjelaskan itu adalah pembedα han kali keempat bagi membetulkan bahagian hidungnya yang senget selepas terlibat dalam sebuah kemalangan ketika menunggang motosikal ketika dia berusia 19 tahun.

Meskipun sudah beberapa kali membuat pembedα han hidung, Lana menjelaskan sebelum ini plastik atau silikon yang dimasukkan sering mengalami jangkitan dan terpaksa ditukar.

“Dah empat kali saya buat pembedα han, ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik pasti akan berlaku jangkitan.

Dah empat kali saya buat pembedα han, ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik pasti akan berlaku jangkitan.

LANA NODIN

PELAKON

“Kalau buat di Malaysia atau Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tidak boleh makan telur tetapi di Korea, tiada pantang kecuali tidak boleh merokok atau mengambil minuman keras. Dua-dua saya tak ambil, jadi lebih senang,” ujarnya.

Sementara itu, Lana menjelaskan dia sudah mendapat keizinan suami, Mohd Daud McKienzie serta ahli keluarga lain sebelum melakukan pembedα han berkenaan.

“Arwah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Kalau saya tiba-tiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk!

lana nordin 3

Lana memilih melakukan pembedα han berkenaan di Korea Selatan.

“Kalau saya seorang yang suka buat pembedα han kosmetik, bibir dah tak macam sekarang. Jangan terlalu nak kecam, saya tahu saya bukan artis kegemaran korang,” ujarnya.

Sebelum ini, Lana ada memuat naik video dirinya sedang bersiar-siar di Seoul dengan bahagian hidungnya berbalut.

Tanpa berselindung, Lana memberitahu sudah 15 hari dia menjalani pembedα han pada bahagian hidung dan akan membuka balutan berkenaan dalam tempoh seminggu lagi.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga pernah mengakui melakukan pembedα han rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya kesan daripada kemalangan tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "Guna tulang rusuk sendiri ganti silikon, kos pembedαhan hidung Lana Nodin RM166,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*