“Payah bagi orang teater jadi juri.”-Netizen rindu komen ilmiah Syafinaz

 

PETALING JAYA – Ketiadaan Datuk Syafinaz Selamat di kerusi juri Gegar Vaganza 9 kerana menghadiri malam kemuncak Anugerah Sri Angkasa 2022 telah digantikan oleh Datin Marlia Musa.

Dengan ketiadaan guru vokal itu sebagai juri, rata-rata netizen membandingkan cara penjurian Syafinaz yang dikatakan lebih bernas berbanding Marlia.

“Datin Marlia cukuplah untuk malam ini sahaja, tolong jangan jemput lagi,” ciap seorang pengguna media sosial.

“Harap Datuk Syafinaz minggu depan masuk balik, kalau yang ganti bukan-bukan baik tak payah ganti,” tulis seorang netizen.

“Payah bagi orang teater jadi juri. Dia nak sampaikan apa dalam komen pun kita jadi tak faham,” komen seorang netizen lagi.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen memuji cara Syafinaz yang lebih pakar dalam memberi komen.

“Datuk Syafinaz masih yang terbaik dalam Gegar Vaganza 9 kerana komennya sentiasa membina. Beliau akan beritahu terus apa yang perlu dilakukan untuk menambah baik, tapi dalam masa sama, beliau tidak membuatkan peserta rasa rendah diri. Juri terbaik pernah ada,” kongsi seorang netizen yang lainnya.

“Komen Datuk Syafinaz lebih berilmiah dan mudah difahami oleh segenap lapisan, menjadi juri perlu kriteria yang tinggi supaya peserta mendapat input berguna,” ciap pengguna lain.

Untuk rekod, Syafinaz telah menduduki kerusi juri Gegar Vaganza sejak musim kelapan sehingga musim kini.

GV9: Tiada Originality! Tom Tersingkir Dengan Markah 55.20%, Seksi Bob Yusof Menjadi, Markah Tertinggi 85.60%

Dalam pada itu Langkah Tom terhenti apabila persembahan lagu Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal Anita Sarawak mendapat markah terendah pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza 9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam semalam.

Bertemakan merentas Masa Kencang Selamanya, 10 peserta GV9 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datin Marlia Musa yang menggantikan Datuk Syafinaz Selamat.

KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: http://limauasamboi.pw/

Be the first to comment on "“Payah bagi orang teater jadi juri.”-Netizen rindu komen ilmiah Syafinaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*