“Kau Jujur Sangat…” – Erma Fatima Komen Isu A.Aida Mahu Utamakan Rupa Dari Bakat

 

Nama penerbit terkenal, Datuk A.Aida masih lagi menjadi bualan ramai selepas mengeluarkan kenyataan bahawa mahu mencari bakat baharu yang kacak dan cantik untuk membintangi sesebuah filem mahupun drama.

“Kau Jujur Sangat…”

Terkini, pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima sempat berseloroh terhadap Datuk A.Aida yang dikatakan terlalu jujur menyuarakan kehendak stesen televisyen dan penonton.

“Kau @a_aidaproduction jujur sangat menyuarakan kehendak station dan penonton. Kelakarlah you ni. Cakap kena serupa bikin 🤣🤣🤣🤣.

Cer check ARTIS PILIHAN station you. 🤭🤭🤭 #cek dah lama atas meja akauntan cakap. Makan tahun nak sign cek ke??”-Tulis Erma

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas mahu mencadangkan agar pihak FINAS mengambil tindakan tegas terhadap A.Aida ekoran kenyataannya yang telah menimbulkan rasa kurang senang oleh ramai pihak. Tambahnya lagi, Adam turut menegaskan pihak Awesome TV tidak pernah mengamalkan sebarang diskriminasi sejak ditubuhkan dua tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pen Pilot

sumber: https://murai.my/

Be the first to comment on "“Kau Jujur Sangat…” – Erma Fatima Komen Isu A.Aida Mahu Utamakan Rupa Dari Bakat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*